Visitor Globe

Mega ayeball




Sabtu, 27 Disember 2008

Tolak sentimen perkauman

Rakyat diminta menolak sentimen perkauman yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu bagi menggugat keharmonian kaum yang telah lama wujud di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok berkata, cubaan menyemarakkan sentimen perkauman itu hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Keharmonian perpaduan jitu yang wujud di kalangan kaum di negara ini khususnya di Sabah merupakan benteng kepada apa jua dakyah yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk V.K Liew; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Pengerusi MIC Sabah, Datuk V. Jothy.

Menurut Dompok, amalan rumah terbuka pada setiap perayaan yang menjadi tradisi masyarakat pelbagai kaum di negara ini perlu dikekalkan kerana terbukti mampu mengeratkan hubungan antara kaum.

"Amalan rumah terbuka merupakan kekuatan bangsa Malaysia dalam mewujudkan persefahaman dan hubungan kukuh antara kaum sekali gus mengelak perbalahan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman," ujarnya.

Tiada ulasan: