Visitor Globe

Mega ayeball




Isnin, 29 Disember 2008

'Saya tidak tergamak hina Nabi Muhammad'

Wanita yang nama dan gambarnya digunakan bagi mewujudkan sebuah blog yang menghina Nabi Muhammad SAW mendakwa sudah menjadi mangsa gangguan dalam pelbagai cara sejak lima bulan lalu.

Mangsa mendakwa sudah membuat lima laporan polis dalam tempoh itu termasuk laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi tidak membawa sebarang hasil dan dia terus diganggu.

Menurut wanita berumur 27 tahun dan berasal dari Kedah itu, gangguan ke atas hidupnya bermula sejak akhir Ogos lalu iaitu ketika dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

"Mungkin ada orang cemburu sebab saya berkahwin atau cemburu pasal saya hidup senang sikit, tetapi saya tidak mahu menuduh sesiapa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata mangsa, hidupnya kini tidak tenteram apabila adakalanya menerima sehingga ratusan panggilan telefon dalam masa sehari di tempat kerjanya daripada orang ramai yang bertanya perkara bukan-bukan.

"Saya malu dengan keluarga suami saya terutama sekali pasal mereka pun belum cukup mengenali saya," jelasnya.

Beliau menjelaskan, antara gangguan itu ialah e-mel kepada pelbagai pihak mengatakan dirinya perempuan murahan, penghantar kad ucapan Deepavali mengandungi kata-kata hinaan kepada masyarakat India dan menghantar kad kepada golongan VIP kononnya memenangi hadiah kereta mewah dari syarikat tempatnya bekerja.Menurut mangsa, gangguan terbaru adalah blog yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW yang dia sendiri pun tidak sempat untuk melihatnya."Saya tidak akan tergamak sama sekali untuk menghina Nabi Muhammad SAW, orang yang buat macam ini pastinya sudah gila," katanya.

Mangsa itu kini menyerahkan kesnya itu kepada pihak polis dan SKMM untuk menyelesaikannya dan berharap kedua-dua pihak tersebut bersungguh-sungguh membantunya.

"Pihak SKMM kata pada saya semasa saya buat laporan dahulu, orang hendak menggenakan saya menggunakan Gmail yang kononnya sukar untuk dikesan," katanya.

Mangsa berkata, walaupun bimbang keselamatan diri dan kusut memikirkan apa yang berlaku, tetapi dia tidak menyerah kalah dan akan tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

Laman blog yang didakwa dibangunkan mangsa dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat kepada Nabi Muhammad SAW.Berdasarkan blog terbabit lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.Blog itu sarat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan ditujukan kepada Rasulullah.

Segala penghinaan itu pula disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda serta lukisan-lukisan memburuk-burukkan Nabi Muhammad termasuk yang pernah disiarkan oleh akhbar Eropah yang dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia.

Dalam pada itu, usaha untuk melayari blog berkenaan hari ini gagal kerana ia sudah dipadamkan.

Tiada ulasan: