Visitor Globe

Mega ayeball

Jumaat, 2 Januari 2009

Ma'al hijrah

Kepada semua rakan-rakan radio amatur
SELAMAT TAHUN BARU 2009
DAN
SELAMAT MENYAMBUT 1430 MA'AL HIJRAH

Isnin, 29 Disember 2008

Pengajaran di sebalik Hijrah Rasulullah s.a.w

"Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah."

Tanggal 1 Muharram merupakan detik yang bersejarah buat umat Islam keseluruhannya. Tarikh tersebut merupakan hari pertama dalam perkiraan tahun hijrah buat umat Islam. Menyingkap kembali sejarah peristiwa hijrah Rasul dan para sahabat, terkandung di dalamnya pengajaran dan hikmah buat perkembangan Islam itu sendiri. Peristiwa ini juga telah menyaksikan pengorbanan para sahabat yang cinta mereka tidak berbelah bahagi terhadap Rasulullah SAW.

Antaranya keberanian Saidina Ali r.a yang sanggup menggantikan Rasullullah SAW di tempat tidur baginda walaupun pada ketika itu orang-orang kafir Quraisy sedang berkawal di luar rumah bagi menangkap Rasullah SAW. Kesanggupan Saidina Ali menempa maut di tangan orang kafir Quraisy dengan menggantikan Rasullullah di tempat tidur baginda bagi menjayakan perancangan hijrah Rasulullah SAW menjadi bukti kecintaan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada Rasulullah.

Peristiwa pengorbanan Saidina Ali ini merupakan secebis daripada peristiwa pengorbanan para sahabat. Banyak lagi kisah pengorbananan yang telah dilakukan oleh para sahabat demi Rasulullah yang tercinta. Begitulah para sahabat nabi yang cinta mereka bukan sekadar bermain di bibir bahkan dibuktikan melalui perbuatan dan tindakan mereka.Berbicara tentang Hijrah Rasul, sebenarnya kita sedang membicarakan tentang sejarah.

Apabila berbicara tentang sejarah, kita harus sedar bahawa sejarah sebenarnya merupakan bicara Allah kepada hamba-hambanya yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tetapi mampu disedari melalui mata hati. Dengan erti kata lain peristiwa hijrah ini mengandungi hikmah yang harus diterokai sebagai pedoman buat generasi seterusnya. Sesungguhnya Allah tidak akan menjadikan sesuatu perkara secara sia-sia.

Persoalannya, adakah kita generasi kini menyedari hikamah dan pengajaran yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam hijrah Nabi sebagai pedoman dalam kehidupan kita? Saban tahun kita meraikan sambutan 'Maal Hijrah', namun apakah ianya merupakan sambutan semata-mata? Apakah yang kita fahami tentang hijrah? Adakah hijrah sekadar perpindahan yang berbentuk fizikal semata-mata?Persoalan ini harus kita rungkaikan supaya hikmah dan pengajaran di sebalik peristiwa hijrah Rasulullah SAW ke Madinah dapat difahami dan dihayati. Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain.

Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: " Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Hijrah bermaksud meninggalkan larangan Allah

Daripada kenyataan ini dapatlah kita fahami bahawa hijrah bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Hijrah Rasulullah S.A.W memberi iktibar kepada kita mengenai fungsi dan peranan kita sebagai umat Islam tidak terhenti setakat ibadat khusus semata-mata. Lebih luas daripada itu peranan kita adalah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Di antara tugas-tugas sebagai khalifah adalah seperti yang dijelaskan oleh Al-Mawardi dalam kitabnya Al-Ahkam As-Sultaniah iaitu menjaga agama dan mentadbir dunia.Dua perkara ini tidak mampu direalisasikan tanpa semangat jihad dalam diri kita. Jihad merupakan pengorabanan dari pelbagai aspek demi memastikan tertegaknya Islam di muka bumi ini.

Melawan nafsu juga merupakan suatu jihad. Namun dalam konteks hari ini, semangat jihad sudah kian hilang di hati umat Islam. Umat Islam hari ini lebih mementingkan nafsu daripada kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.Umat Islam sesama sendiri berkelahi kerana pangkat, harta dan wanita. Adakalanya umat Islam sendiri sanggup berkomplot dengan golongan kuffar demi kepentingan tertentu. Sekiranya inilah perangai kita, apakah kita layak digelar sebagai khalifah Allah.?

Marilah kita mencontohi para sahabat yang sanggup berkorban demi kepentingan Islam. Sesungguhnya Hirah tidak akan berjaya dilaksanakan tanpa jihad, perpaduan dan kecintaan terhadap Allah. Apa maknanya kita menyambut sambutan Maal Hijrah jika kita semakin jauh dengan Islam? Apakah ertinya kita menghayati sambutan Maal Hijrah. jika jihad masih disalah anggap dan menjadi satu istilah yang amat menakutkan. Apalah gunanya sambutan Maal Hijrah yang kita sambut jika perubahan yang ada hanyalah menunjukkan umat Islam bertambah lemah dan menjadi mangsa penindasan barat malah terus dihina dan dicerca dengan tuduhan sebagai pengganas dan pemecah-belah.

Seharusnya peristiwa hijrah telah mengajar kita bahawa perpaduan amat penting dalam kita membangunkan sesebuah negara. Cuba kita renungkan kembali bagaimana perpaduan yang telah terjalin anatara kaum Muhajirin dan Ansar di bawah bumbung Islam telah berjaya mambentuk khilafah Islamiyah. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan bangsa, kaum dan etnik, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan kasih sayang selari dengan ajaran Islam yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.

Peristiwa hijrah juga memperlihatkan kepada kita komitmen Rasulullah sebagai seorang pemimpin dalam memastikan tertegaknya ummah yang beriman, bertaqwa, bersatu padu dan hormat menghormati, baik sesama mereka mahu pun orang bukan muslim. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.Seorang pemimpin tidak sekadar membangunkan masyarakatnya dari sudut fizikal dan material semata-mata bahkan turut membangunkan jiwa masyarakatnya dengan mendekatkan mereka kepad Allah SWT.

Sejarah telah mengajarkan kepada kita bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu di saat kegemilangan tamadun Islam adalah pemimpin yang menghormati golongan ulama dan sentiasa meminta nasihat daripada mereka sama ada urusan negara mahupun peribadi. Hal ini kerana golongan ulama merupakan golongan yang arif berkenaan soal agama, justeru demi memastikan pimpinan mereka tidak terkeluar dari landasan Islam, pemimpin-pemimpin tersebut sentiasa memastikan golongan ulama sentiasa di sisi mereka.Sesungguhnya di sebalik peristiwa hijrah terkandung pelbagai lagi iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi.

Soalnya lagi sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan maal hijrah dalam memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung.- azm

( Penulis adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam, Univesiti Sains Islam Malaysia (USIM) )-HarakahDaily

Agency working with police to track culprits behind blog said to have insulted Prophet Muhammad

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is working with the police to trace the people behind a blog said to have insulted Prophet Muhammad.

MCMC chairman Datuk Dr Halim Shafie said investigations were under way to identify the culprits.

"The commission and the police will get to the bottom of the matter," he said.Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi had asked the Home Ministry and police to act fast.

He said the matter had to be nipped in the bud or it could lead to problems in the country.

Information Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek had said the woman, whose photograph and identity had been used in the blog, had denied owning the Internet domain.

The woman, in her 20s, was said to have met him two weeks ago to ask the ministry to help clear her name over the matter.Bernama reports that police had recorded a statement from the woman.

Deputy Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar said yesterday the woman was picked up at her house in Kota Damansara at 6pm on Saturday to assist in the investigation and was later released on police bail.

Meanwhile, the Islamic Development Department (Jakim) said it would take stern action against bloggers, including non-Muslims, who insulted Islam.

"Right now, the police and the Malaysian Communications and Multimedia Commission are trying to trace the blogger said to have insulted Prophet Muhammad," said director-general Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

"We will come in once the culprit is traced."He added that Jakim had formed a unit within its media and research division to monitor bloggers, news portals as well as the electronic and print media.

Co-operation with the police had been stepped up with the exchange of information between the two on inflammatory and irresponsible articles.

Wanita kes blog hina nabi ditahan

Wanita Melayu yang identiti serta gambarnya tertera pada sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad, ditahan polis petang semalam, bagi membantu siasatan kes itu mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Berita Minggu difahamkan, wanita yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu, ditahan di rumahnya di Kota Damansara, dekat sini, kira-kira jam 6.50 petang.

Selepas ditahan, wanita terbabit dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Bukit Perdana, di sini, untuk diambil keterangan.Difahamkan, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 298(a) Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Akta Hasutan.

Selanjutnya klik di :- Ifwan Tun Tuah dan Suhaidi Mohamed Amin

Polis kumpul maklumat blog hina nabi

Polis kini sedang giat mengumpul maklumat berhubung tindakan sebuah laman blog yang dikesan menghina Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, selain membuat siasatan dalaman, pihaknya juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan siasatan menyeluruh dapat dilakukan secepat mungkin.

Beliau menegaskan, tindakan penulis blog itu tidak bertanggungjawab serta boleh menimbulkan kekacauan di negara ini dan dianggap satu kesalahan di bawah Akta Hasutan.

“Perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan marah dan tersinggung khususnya kepada umat Islam dan orang Melayu.

“Perbuatan itu juga mengundang konflik perasaan, agama dan bangsa,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.Media hari ini melaporkan, sebuah laman blog dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu.

Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat oleh pihak lain.Berdasarkan blog itu lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.

'Saya tidak tergamak hina Nabi Muhammad'

Wanita yang nama dan gambarnya digunakan bagi mewujudkan sebuah blog yang menghina Nabi Muhammad SAW mendakwa sudah menjadi mangsa gangguan dalam pelbagai cara sejak lima bulan lalu.

Mangsa mendakwa sudah membuat lima laporan polis dalam tempoh itu termasuk laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi tidak membawa sebarang hasil dan dia terus diganggu.

Menurut wanita berumur 27 tahun dan berasal dari Kedah itu, gangguan ke atas hidupnya bermula sejak akhir Ogos lalu iaitu ketika dia baru sahaja melangsungkan perkahwinan.

"Mungkin ada orang cemburu sebab saya berkahwin atau cemburu pasal saya hidup senang sikit, tetapi saya tidak mahu menuduh sesiapa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata mangsa, hidupnya kini tidak tenteram apabila adakalanya menerima sehingga ratusan panggilan telefon dalam masa sehari di tempat kerjanya daripada orang ramai yang bertanya perkara bukan-bukan.

"Saya malu dengan keluarga suami saya terutama sekali pasal mereka pun belum cukup mengenali saya," jelasnya.

Beliau menjelaskan, antara gangguan itu ialah e-mel kepada pelbagai pihak mengatakan dirinya perempuan murahan, penghantar kad ucapan Deepavali mengandungi kata-kata hinaan kepada masyarakat India dan menghantar kad kepada golongan VIP kononnya memenangi hadiah kereta mewah dari syarikat tempatnya bekerja.Menurut mangsa, gangguan terbaru adalah blog yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW yang dia sendiri pun tidak sempat untuk melihatnya."Saya tidak akan tergamak sama sekali untuk menghina Nabi Muhammad SAW, orang yang buat macam ini pastinya sudah gila," katanya.

Mangsa itu kini menyerahkan kesnya itu kepada pihak polis dan SKMM untuk menyelesaikannya dan berharap kedua-dua pihak tersebut bersungguh-sungguh membantunya.

"Pihak SKMM kata pada saya semasa saya buat laporan dahulu, orang hendak menggenakan saya menggunakan Gmail yang kononnya sukar untuk dikesan," katanya.

Mangsa berkata, walaupun bimbang keselamatan diri dan kusut memikirkan apa yang berlaku, tetapi dia tidak menyerah kalah dan akan tetap meneruskan kehidupan seperti biasa.

Laman blog yang didakwa dibangunkan mangsa dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat kepada Nabi Muhammad SAW.Berdasarkan blog terbabit lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.Blog itu sarat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan ditujukan kepada Rasulullah.

Segala penghinaan itu pula disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda serta lukisan-lukisan memburuk-burukkan Nabi Muhammad termasuk yang pernah disiarkan oleh akhbar Eropah yang dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia.

Dalam pada itu, usaha untuk melayari blog berkenaan hari ini gagal kerana ia sudah dipadamkan.