Visitor Globe

Mega ayeball




Isnin, 5 Januari 2009

CUKUPKAH HANYA SEKADAR DOA DAN DEMONTRASI UNTUK UMAT ISLAM PALESTIN?


Sehingga hari ini lebih 400 rakyat Palestin terkorban dan ribuan lagi mengalami kecederaan. Sementara itu ramai yang hilang tempat tinggal dan mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda.
Masjid, universiti dan sekolah turut menjadi sasaran tindakan kejam dan biadab regim zionis Israel.Seluruh dunia terutama negara yang majoriti umat Islam membantah dan berdemontrasi menunjukkan sokongan kepada nasib yang menimpa umat Islam Palestin.
Di negara kita juga tidak terkecuali yang turut menganjurkan bantahan dan demontrasi yang dipimpin oleh PAS dan NGO serta pertubuhan pelajar. Sehingga hari ini tidak terdengar sebarang program bantahan yang dianjurkan oleh Umno yang turut mendakwa memperjuangkan Melayu dan Islam.
Majlis Permuafakatan Ummnah (Pewaris) dan Persatuan Pengguna Islam yang sebelum ini lantang yang mendakwa membela maruah umat Islam juga sunyi sepi.Di Melaka melalui maklumat rakan-rakan adalah beberapa masjid dalam khutbah Jumaat semalam yang menyentuh nasib umat Islam Palestin dan membaca qunut Nazilah.
Tetapi hanya boleh dikira sebelah tangan sahaja, majoriti yang lain seperti tidak ada apa-apa yang berlaku!Berbalik pada topik, cukupkah sekadar doa dan demontrasi? Adakah itu sahaja yang termampu dilakukan?Bagaimana dengan misi kemanusiaan ke Palestin atau sekurang-kurangnya melancarkan kutipan derma atau mencari dana untuk menyalurkan sumbangan kepada umat Islam Palestin terutamanya bekalan makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
Maaflah jika saya tersilap atau tidak mendapat maklumat tetapi setahu saya belum ada lagi usaha seperti itu sama ada dari kerajaan atau pun Pakatan Rakyat.Apa yang kita tunggu dan fikirkan lagi? Kepada mereka yang ada kuasa dan pengaruh buatlah sesuatu.
Saya yakin dalam keadaan sekarang bantuan dan misi kemanusian amat diperlukan oleh penduduk Islam Palestin.Adakah kita hendak menunggu bumi Palestin menjadi padang jarak padang terkukur atau lebih ramai lagi menjadi korban baru kita hendak bertindak?
Atau kita hendak menunggu Masjidil Aqsa lenyap dari pandangan diranapkan oleh rezim zionis Israel?Dalam masa yang sama, teruskanlah doa dan munajat kita kepada Allah SWT supaya umat Islam di Palestin diberi kekuatan dan regim zionis Israel menerima azab tidak terperi dari Allah SWT.
- angkasanuri

DAKWAAN PALSU OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek.

Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.

Dinyatakan dalam laporan tersebut, "kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan di jadikan kira-kira 700 kelas bagi lebih 11,000 kanak-kanak Tadika Kemas yang akan memulakan persekolahan esok". Menteri berkenaan turut menyatakan, " tindakan kerajaan negeri gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu menafikan hak untuk mendapat pendidikan kanak-kanak dari golongan kurang berada itu"

.Kata menteri bekenaan lagi, " kerajaan negeri dibawah kepemimpinan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan." Tambah menteri berkenaan lagi, "Ini perbuatan zalim dan kejam terhadap murid tadika yang tidak berdosa sekali gus membuktikan pemimpin kerajaan negeri tidak prihatin dengan rakyat."

Kenyataan dan tuduhan berbau politik ini dibuat bagi mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat Perak terutama menjelang PRK K Terengganu. Sebenarnya kerajaan negeri Perak tidak pernah membuat apa-apa arahan atau keputusan mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai premis dan kelas Tadika Kemas.

Ini sengaja diada-adakan oleh Zahid melalui dakwaan beberapa ketua JKKP barangkali di Bagan Datok, Perak.Oleh yang demikian saya telah meminta petugas saya membuat laporan polis serta mengambil tindakan mahkamah bagi menjernihkan nama baik kerajaan serta saya sebagai Menteri Besar.

Di Perak ketika ini terdapat sms yang menyatakan beberapa dewan dewan akan sengaja dikunci (oleh orang suruhan ) pada malam ini bagi mencerminkan kebenaran dakwaan Zahid, apabila persekolahan dibuka esok pagi.

Persepsi ini bagi mencemarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat.Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kenyataan Zahid itu pembohongan semata-mata dan merupakan tindakan ketua UMNO yang tenggelam punca yang akan menerima kekalahan teruk di PRK K Terengganu pada 17 Januari nanti.

Saya menafikan dengan tegasnya dawaan dan tohmahan Zahid tersebut. Dia akan menerima padahnya nanti akibat fitnah yang dilemparkanya terhadap saya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

-Kamparin

Ahli majlis yang BODOH lagi SOMBONG..!!


"Kalau takde lesen kena runtuh, kena ikut undang undang" itu ler yang dicakap salah sorang dari ahli majlis penang dari pkr, pompuan pulak tu. Maklum le baru setahun join pkr, itu pun dah dapat pegang jawatan dalam negeri.
Dia ahli bahagian mana pun tak tahu. Dulu pun orang ni tak pernah susah pun. Meniaga tepi jalan pun tak pernah. Bukan pernah rasa susah pun. Setahu patik dok dalam bahagian pun tarak.
Cerita nya bukan apa. Sombong sangat, macam kita nak puki dia pulak bila jumpa dia. Ingat patik pada cerita bila dia maki hamun penguatkuasa MPPP sebab angkat kerusi meja yang berlemparan ditepi jalan direstoran kassim mustafa bayan baru, Hairan bin Ajaib nak marah marah sangat tu pasal apa...???
Sedangkan peniaga kecik disuruh ikut protokol.
Patik rasa lah mamak restoran ngan melayu kedai tepi jalan ni...adalah dua darjat kalau tengok kedai nasik kandar mamak, tambah dekat tanjong, restoran hameed.
Susun khemah macam kenduri dan 5 biji stall diluar, takpe pulak. peliknya...guan eng kasi tukar laa orang macam nii....kasik lingkop kompeni sajaa...double standardkan arahan boleh kaa...????