Visitor Globe

Mega ayeball




Sabtu, 15 November 2008

Gempar : Gelaran Datuk Shah Rukh Khan Bakal Ditarik Balik, Sebab Ada Bukti Dia Muslim Dan Sokong Pas !! - malaysiakini

Isu gelaran Datuk yang bakal diterima oleh pelakon terkenal Bollywood semakin hangat diperkatakan sekarang ini, tambahan pula beliau dikatakan akan berada di Melaka minggu depan untuk menerima anugerah tersebut. Soalnya disini, apakah rakyat Malaysia bersetuju dengan senario ini. Bekas PM Mahathir berkata, Shah Rukh Khan layak menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka, yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini. Kata Mahathir, beliau rasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan.

Nampaknya beliau begitu bangga dengan pemberian gelaran tersebut, maklumlah ramai yang berpendapat dulu bahawa Mahathir memang berketurunan dari sana. Maka itu beliau malu kononnya bila gelaran itu dipertikaikan. Memang pelik Mahathir ini, rakyat merasa malu dan terhina pelakon itu diberikan gelaran Datuk tiba-tiba dia pula sebaliknya. Mungkin kerana ingin mempertahankan Khalil Yaakob yang menjadi Yang Dipertua Melaka atas perkenan beliau. Khabarnya hadiah itu diberikan kerana Khalil berjaya melaksanakan tugas "merampas Sabah dari PBS" sebelum ini. Maka berjuta ringgit wang balak Pahang dipunggah ke Sabah waktu itu. Lagi pun, mungkin juga Mahathir adalah peminat setia Shah Rukh Khan. Sebab itulah beliau mempertahankan tindakan tersebut.

Katanya beliau terlibat secara langsung dengan kurniaan bintang-bintang kehormatan kepada orang-orang yang berjasa tiap-tiap tahun. Jika inilah hakikatnya, maka rasional yang mengatakan Mahathir akan dilantik sebagai Penasihat PM ketika Najib berkuasa nanti semakin nampak petandanya. Tambahan pula, selepas Pak Lah umumkan hasrat tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan UMNO Mac ini maka Mahathir semakin ceria dan berani bersuara. Seolah-olah beliau sudah nampak masa depannya akan kembali bersinar tatkala Najib berkuasa.

Soalan tentang anugerah Datuk terhadap pelakon Bollywood itu nampak semakin tidak ada ertinya. Tambahan pula pelakon itu dijangka akan berada di Malaysia tidak lama lagi. Kita tidak pasti apakah beliau datang dengan perbelanjaan sendiri ataupun ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Melaka. Namun sesuatu yang ingin kita lihat, apakah akan terjadi jika Shah Rukh Khan datang ke Malaysia dengan memakai baju PAS dan membawa bendera parti itu seperti foto yang disiarkan?. Apakah gelaran Datuknya akan ditarik balik? Jika ini berlaku bukankah kecoh jadinya puak-puak UMNO ini. Lagi pun difahamkan aktor itu beragama Islam. Maka sudah pasti beliau juga menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Bahkan dulu dalam lagunya ada menyebut "Tum Pas Ser Air" dan juga lagu "UM NO Ko Ko Ko", maknanya UMNO akan K.O dan PAS akan tumpaskan UMNO. Cuba tengok foto yang kami siarkan ini, Shah Rukh Khan membawa bendera hijau putih kemudian ada tulisan "Kaun Haga PAS" pada pentas hijau (anak panah kuning) itu.

[Ramai yang terlalu kecewa dengan pendirian kerajaan Negeri Melaka yang masih mencari jalan untuk popular dengan melakukan sesuatu yang tidak masuk akal langsung. Rakyat India diberi gelaran Datuk, apa dia ingat Shah Rukh Khan gunakan agaknya gelaran itu di negaranya nanti. Lainlah kalau dapat gelaran "Sir" dari Queen Elizebeth British. Ada juga pengikhtirafan bertaraf dunia, dan diketahui oleh masyarakat antarabangsa]

Shah Rukh Khan Terima Datuk Rabu Depan

KUALA LUMPUR: Bintang filem Bollywood Shah Rukh Khan akan tiba di Melaka Rabu depan bagi menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk. Upacara penganugerahan darjah kebesaran berkenaan akan diadakan di Seri Negeri pada pukul 10 pagi dan kerajaan negeri merancang untuk menyiarkannya secara langsung melalui televisyen. Ketika mengumumkan perkara itu di sini semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bintang filem Hindi itu akan dipujuk supaya berada di Melaka satu atau dua hari dengan harapan beliau akan melawat Menara Taming Sari, Eyes on Malaysia dan beberapa tempat menarik dan bersejarah lain di negeri itu.

Beliau mempertahankan langkah kerajaan negeri memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan walaupun ia menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak dengan memberi alasan bahawa bintang filem itu layak menerimanya kerana sumbangan besarnya kepada Melaka. "Walaupun banyak pihak mencemuh, mengkritik dan memberi komen negatif terhadap langkah memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, tapi saya tetap percaya beliau patut dan layak diberi gelaran itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka di sini. Menurut Ali, sumbangan yang diberi oleh pelakon itu menyebabkan Melaka dikenali ramai serta dipandang hebat sedangkan kerajaan negeri tidak perlu membayar sesen pun kepadanya. Beliau berkata seramai 100 juta orang dari seluruh dunia termasuk warga Eropah, Amerika, Asia dan Timur Tengah telah menonton filem lakonan Shah Rukh Khan yang dibuat penggambaran di Melaka dan ini membantu mempromosikan negeri itu.

[Inilah alasan dangkal yang dibuat oleh calon Timbalan Presiden UMNO dalam usaha menutup segala kelemahan akibat terlepas pandang isu penganugerahan darjah kebesaran tersebut. Ada suara yang berkata, kesilapan itu berlaku kerana Khalil Yaakob ingatkan nama dalam borang itu adalah NS Khan (Nasir Bilal Khan) atau pun Rina Khan . Rupangan ialah SR Khan, mungkin dia ingatkan SR Khan adalah saudagar kain pelekat atau karpet yang selalu hantar barang ke kediaman rasminya. Rupanya tidak, SR Khan ialah Shah Rukh Khan artis terkenal Bollywood itu. Maka, tiada alasan lagi mahu diberikan terpaksalah kerajaan negeri ditugaskan menjawab segala cemuhan dan tohmahan tersebut. Berapa banyak agaknya untung yang diterima oleh broker-broker "Datuk" itu. Umum mengetahui, Melaka pernah dikejutkan gara-gara beri anugerah Datuk paling banyak. Seolah-olah benar ada wujudnya bisnes "Datuk" ini. Tambahan pula Khalil adalah bekas MB Pahang yang sudah sebati dengan perkara ini sejak dulu, kini dan selamanya].

SAMA - SAMA KITA MENDERMA - KELANTANKINI



Dengan sukacitanya, saya ingin memaklumkan kepada tuan/puan yang inginkan keberkatan dalam hidup.

RAYUAN DERMATABUNG PEMBINAAN MASJID TOK GURU MANAL 3, TANAH MERAH, KELANTAN.
"Tetuan Tabung Pembinaan Masjid Tok Guru"(Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Tanah Merah, Kelantan, No akaun : 03-054-01-002190-3 )
Derma Tuan/Puan AMAT DIALU-ALUKAN bagi memastikan kelancaran pembinaan masjid ini. Terima kasih. Semoga allah memberkati mereka yang berjuang di jalannya.
JUMLAH YANG INGIN DIKUMPULKAN : RM250,000.00 (FASA 1 DARI 5 )
p/s: kepada keluargaku sahabatku warga rodio amatur rakan ham mari lah kita sama - sama menderma untuk membina rumah allah semoga kita semua di berkati di dunia & di akhirat

Jumaat, 14 November 2008

Berhati - hati Putar Alam...... & Putar Belit..... malaysiakini

Untuk pembesaran klik pada gambar
Kenal Siapa Lelaki Ini?Inilah wajah putar alam & putar belit...hati2 dengan lelaki ini...



Lelaki Ini bernama NASABRI BIN MAT AROP no k/p : 700822-08-5443 adalah pemangsa yang menipu dgn cara meminta kepada mana2 individu bawah umur 40 tahun untuk mendapatkan DANA BELIA di bawah KEMENTERIAN BELIA RM30-50K dengan bayaran RM250-RM300 untuk bayaran kertas kerja untuk di uruskan olehnya... Manakala buku akaun bank rakyat di serahkan kepada lelaki ini dengan salinan kad pengenalan.



Sehingga kini sudah beberapa laporan polis dibuat terhadapnya termasuk di sebelah Balik Pulau & Pulau Pinang... sehingga hari ini masih tidak tahu status ke mana perginya lelaki ini... dimaklumkan dia berada di lokasi Padang Serai, Kulim, Baling, Gurun hingga Jitra Kedah.



Ratusan Ribu Ringgit telah di tipu oleh lelaki ini. Mempunyai 2 orang isteri termasuk isteri keduanya seorang GRO dari negara jiran. dia sudah tidak lagi berada di tempat kerja beliau iaitu di

Agensi Dadah Kebangsaan(ADK) di Pulau Pinang

Modus operandi tertumpu kepada mereka yang punyai masalah kewangan... berita yang diterima juga memaklumkan bahawa lelaki ini adalah daripada kalangan PEKIDA... kepada mereka yang mengenai lelaki ini, termasuk

ADIK BERADIK KITA... bantulah... ramai yang telah teranianya... di harapkan dapat menghubungi pihak polis yang berdekatan
atau menghubungi Syam 019-559 7527 atau azman 019-408 5232

Captured: First images of planets outside solar system


In this image released by Nasa, a dust ring, seen in red, surrounds the star Fomalhaut, that resides at the centre of the image, and not visible to the human eye in this image. The Hubble Telescope discovered the fuzzy image of the planet, known as Fomalhaut b, which is no more that a white speck in the lower right portion of the dust ring that surrounds the star. — AP pic
WASHINGTON, Nov 14 - Earth seems to have its first fuzzy photos of alien planets outside our solar system, images captured by two teams of astronomers.
The pictures show four likely planets that appear as specks of white, nearly indecipherable except to the most eagle-eyed experts. All are trillions of kilometres away — three of them orbiting the same star, and the fourth circling a different star.
None of the four giant gaseous planets are remotely habitable or remotely like Earth. But they raise the possibility of others more hospitable.
It is only a matter of time before “we get a dot that’s blue and Earthlike,” said astronomer Bruce Macintosh of the Lawrence Livermore National Lab. He led one of the two teams of photographers.
“It is a step on that road to understand if there are other planets like Earth and potentially life out there,” he said.
Macintosh’s team used two ground-based telescopes, while the second team relied on photos from the 18-year-old Hubble Space Telescope to gather images of the exoplanets — planets that don’t circle our sun. The research from both teams was published in Thursday’s online edition of the journal Science.
In the past 13 years, scientists have discovered more than 300 planets outside our solar system, but they have done so indirectly, by measuring changes in gravity, speed or light around stars.
NASA’s space sciences chief Ed Weiler said the actual photos are important. He compared it to a hunt for elusive elephants: “For years we’ve been hearing the elephants, finding the tracks, seeing the trees knocked down by them, but we’ve never been able to snap a picture. Now we have a picture.”
In a news conference Thursday, Weiler said this fulfills the last of the major goals that Nasa had for the Hubble telescope before it launched in 1990: “This is an 18½-year dream come true.”
There are disputes about whether these are the first exoplanet photos. Others have made earlier claims, but those pictures haven’t been confirmed as planets or universally accepted yet. The photos released Thursday are being published in a scientifically prominent journal, but that still has not convinced all the experts.
Alan Boss, an exoplanet expert at the Carnegie Institution of Washington, and Harvard exoplanet hunter Lisa Kaltenegger both said more study is needed to confirm these photos are proven planets and not just brown dwarf stars.
MIT planetary scientist Sara Seager, at the Nasa news conference, said earlier planetary claims “are in a gray area.” But these discoveries, “everybody would agree is a planet,” said Seager, who was not part of either planet-finding team.
The Hubble team this spring compared a 2006 photo to one of the same body taken by Hubble in 2004. The scientists used that to show that the object orbited a star and was part of a massive red dust ring which is usually associated with planets — making it less likely to be a dwarf star.
Macintosh’s team used ground-based telescopes to spot three other planets orbiting a different star. That makes it less likely they are a pack of brown dwarf stars.
The planet discovered by Hubble is one of the smallest exoplanets found yet. It’s somewhere between the size of Neptune and three times bigger than Jupiter. And it may have a Saturn-like ring.
It circles the star Fomalhaut, pronounced FUM-al-HUT, which is Arabic for “mouth of the fish.” It is in the constellation Piscis Austrinus and is relatively close by — a mere 148 trillion miles away, practically a next-door neighbour by galactic standards. The planet’s temperature is around 126 Celsius, but that is cool by comparison to other exoplanets.
The planet is only about 200 million years old, a baby compared to the more than 4 billion-year-old planets in our solar system. That’s important to astronomers because they can study what Earth and planets in our solar system may have been like in their infancy, said Paul Kalas at the University of California, Berkeley. Kalas led the team using Hubble to discover Fomalhaut’s planet.
One big reason the picture looks fuzzy is that the star Fomalhaut is 100 million times brighter than its planet.
The team led by Macintosh at Lawrence Livermore found its planets a little earlier, spotting the first one in 2007, but taking extra time to confirm the trio of planets circling a star in the Pegasus constellation. The star is about 767 trillion miles away, but visible with binoculars. It’s called HR 8799, and the three planets orbiting it are seven to 10 times larger than Jupiter, Macintosh said.
“I’ve been doing this for eight years and after eight years we get three at once,” he said.

Khamis, 13 November 2008

Ayah Pin Kerajaan Langit

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Ketua kumpulan ajaran sesat, Arifin Muhamad atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, 65, yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat, kini dilaporkan berada di Terengganu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini berkata, polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) memaklumkan kepada polis untuk tidak menahannya sehingga siasatan selesai.

"Polis mempunyai maklumat bahawa Ayah Pin yang dipercayai berada di Thailand Selatan telah pulang ke tanah air. Apabila dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu sama ada untuk menahannya, jabatan berkenaan mengatakan tidak perlu," kata Musa ketika menyampaikan ucap utama pada seminar Memperkasakan Pentadbiran Keadilan Di Mahkamah Syariah di Universiti Islam Antarabangsa di Gombak dekat sini.

Musa berkata, tindakan tidak dapat diambil Ariffin disebabkan tidak ada penyelarasan penguatkuasaan antara Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu dan polis.

Namun, katanya, beliau telah mengarahkan Ketua Polis Terengganu untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu.

Ayah Pin pernah menggemparkan tanah air kira-kira tiga tahun lalu apabila beliaumengetuai 'Kerajaan Langit' mempunyai sekumpulan pengikut yang amat taksub dengannya.Kumpulan yang melanggari lunas-lunas Islam itu berjaya dihapuskan, manakala Ayah Pin

Pendekar yang sudah tawar ilmu kerana sumpahan rakyat Tok Hj. Dir

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sesiapa saja, baik Melayu atau bukan Melayu, boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia asalkan dia "Bangsa Malaysia". Bekas Perdana Menteri itu berkata, undang-undang negara ini menetapkan bahawa siapa saja boleh menjadi Perdana Menteri tetapi dia mestilah pemimpin sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti. "Jika kita cakap mengenai PM bukan Melayu, kita dianggap bersifat perkauman. Kita tidak boleh menyoal sama ada dia Melayu atau bukan Melayu," katanya kepada pemberita selepas berucap pada siri Wacana Perdana "Bangsa Malaysia" di sini semalam. Beliau diminta mengulas sama ada Malaysia sudah bersedia mempunyai seorang Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu ekoran pemilihan Barack Obama sebagai orang kulit hitam pertama menjadi Presiden Amerika Syarikat. Dalam ucap utamanya sebelum itu, Dr Mahathir berkata parti berasaskan kaum dalam Barisan Nasional (BN) masih relevan untuk menangani isu perkauman.

"BN telah membuktikan bahawa sejak 50 tahun lepas, parti itu telah mengurangkan perbahasan mengenai perkauman dan telah membangunkan negara ini ke tahap yang ada pada masa ini," katanya. Dr Mahathir juga menolak andaian kononnya prestasi buruk BN dalam pilihan raya lepas disebabkan rakyat menolak politik berasaskan kaum. "Ini tidak betul. Macam mana mereka boleh kata penolakan itu disebabkan parti berasaskan kaum kerana parti yang mendapat sokongan seperti PAS, DAP dan Keadilan juga berasaskan kaum. "Kenapa mereka tak suka kontrak sosial...ia kerana (faktor) kaum. Kenapa mereka mahu PM bukan Melayu, ia juga kerana (faktor) kaum," katanya.

Dr Mahathir berkata, langkah untuk mengatasi isu itu perlu dilakukan secara perlahan dan rakyat perlu berkorban. "Ini hanya dapat dilakukan bukan menerusi parti pembangkang tetapi dengan kembali kepada parti berasas kaum, BN. Sama ada suka atau tidak, saya rasa parti berasaskan kaum masih relevan," katanya.
Mahahthir bakal mengundang padah!. Kenyataan demi kenyataan yang beliau keluarkan jelas sekali membuktikan bahawa dirinya kini sebenarnya telah "nyanyuk dan lupa daratan". Beliau lupa dari mana beliau datang dan dimana beliau berada sekarang. benarlah kata orang yang Mahathir adalah "Che Det Kutty". Lantaran itulah kita tidak hairan jika beliau banyak menimbulkan spekulasi terhadap kempimpinan UMNO mutakhir ini. Beliau lupa sudah lebih 22 tahun beliau merosakkan imej dan maruah UMNO dan orang Melayu. Kini beliau pula berlagak untuk menjadi "pendekar" yang sudah tawar "ilmunya" sekarang ini

Balikini - Pelik tetapi benar

Tiga ekor burung turut menyambut jenazah As Syahid Ali Ghufron, Imam Samudera dan Amrozi - Malaysiakini
Untuk tonton rakaman kejadian tersebut lihat video di bawah. untuk muat turun video klik di [sini].
Alfatihah
Hukuman Tembak yang dijatuhkan ke atas tiga tertuduh pengeboman di Bali ini menjadi perbahasan di kalangan dua pihak yang mengatakan mereka syahid dan ada menuduh mereka penganas antarabangsa.
Saya paparkan gambar mereka di sini untuk kita fikirkan bersama siapa benar dan siapa salah ?
Untuk pembesaran sila klik pada gambar


Arruhul Jadid dari Acheh menulis:

“Alhmdulillah, saya sangat bersyukur kepada Allah. Kemusykilan saya mengenai kesohihan berita ‘lawatan’ 3 ekor burung saat tiba jenazah Amrozi dan Ali Ghufron akhirnya terjawab. Jam 01.25 pagi tadi, TRANS TV, Indonesia menyiarkan rakaman 3 ekor burung berlegar di udara diatas ribuan umat Islam yang menyambut ketibaan jenazah mereka. Mungkinkah makhluk Allah ini hadir untuk menyambut roh-roh mereka ? wallahua’lam”.


Untuk tonton rakaman kejadian tersebut lihat video di bawah. untuk muat turun video klik di [sini].

Malaysiakini - Ibu tunggal melacur

Akhbar Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) menyatakan bahawa dua ibu tunggal di Pulau Pinang terpaksa melacurkan diri kepada rakan sekerja, termasuk sanggup dibayar secara ansuran, bagi menyara anak mereka. Mungkin terpengaruh dengan fatwa ustazah UMNO agaknya.

Sebelum ini, kenyataan bekas Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim mengenai isu ibu tunggal boleh melacur jika darurat dibidas Ustaz Ismail Noh (PAS Pasir Mas).

Berhubung kes di Pulau Pinang tersebut, seorang daripada mereka bekerja sebagai jaga dan mempunyai enam anak, manakala seorang lagi tukang cuci, terpaksa berbuat demikian kerana kesempitan hidup apabila bekas suami gagal memberi nafkah anak-anak, walaupun Mahkamah Syariah mengeluarkan perintah berkenaan, sejak tiga tahun lalu.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie JKSM, Datuk Ibrahim Lembut, berkata berdasarkan maklumat diperoleh kelmarin, ibu tunggal enam anak itu terpaksa melacurkan dirinya selepas dua bulan diceraikan.


"Dia sudah tiga tahun diceraikan dan pada bulan kedua dia mula melacurkan diri kepada rakan sekerja, malah menerima bayaran secara ansuran kerana mahu menyara anaknya kerana gajinya sebagai jaga terlalu kecil.

"Seorang lagi ibu tunggal yang bekerja sebagai tukang cuci juga mengambil jalan sama bagi menyara beberapa anaknya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah Ke-10 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Ustaz Ismail berkata, tindakan ustazah UMNO, Dr. Mashitah menyatakan bahawa ibu tunggal boleh melacur dalam keadaan darurat untuk menyara anak-anak adalah satu kenyataan tidak berdasarkan kepada nas mahupun hadith.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) (pindaan 2005) di Dewan Rakyat sebelum ini. “Saya terkejut yang berhormat Dr Mashitah seorang yang mengaji, tetapi mengeluarkan kenyataan seperti ini” katanya.

Dalam keadaan ini, Dr. Mashitah seharusnya memberi jawapan bahawa ibu tunggal yang dalam keadaan darurat lebih baik meminta sedekah atau buat kerja lain daripada berzina. Secara jelas dalam Islam tidak ada kias yang membolehkan seseorang yang darurat itu melacur kerana melacur ini adalah berzina, katanya. Ujar beliau, di dalam Al-Quran sendiripun secara jelas memperincikan soal haramnya aktiviti penzinaan.

“Jangan mendekati zina” kata Ustaz Ismail yang memberi maksud petikan ayat Al-Quran.
Justeru, beliau menyeru Dr. Mashitah supaya prihatin terhadap apa yang telah diucapkannya berhubung isu pelacuran seperti yang dilapor dalam akhbar sebelum ini.


Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru PAS Pulau Pinang dan di negeri-negeri lain supaya turun padang dan mengadakan aktiviti-aktiviti untuk membantu ibu tunggal. Saya khuatir jika dibiarkan UMNO yang menguruskan, habis dilacurkan pula ibu tunggal-ibu tunggal ini.

Renungkan lah sejenak wahai saudara ku

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang posting ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.

Rabu, 12 November 2008

Malaysiakini - seluar dalam pembantu rumah

Berhati-hati dengan pembantu rumah
Seluar dalam rupa-rupanya bukan lagi sekadar pakaian kerana ia juga berfungsi sebagai 'tempat' paling selamat' bagi segelintir pembantu rumah menyembunyikan barangan majikan yang dicuri.
Mereka dipercayai menyimpan barangan kemas dan wang majikan dalam seluar itu bagi mengelak majikan menemuinya semula di tempat lain.
Taktik itu terbongkar apabila seorang pembantu rumah terpaksa menceritakan kepada majikannya bahawa seluar dalam seperti itu memang ada digunakan oleh sesetengah pembantu rumah dari Indonesia .
Wanita itu terpaksa mendedahkan rahsia tersebut selepas dia sendiri disoal-siasat oleh majikannya, seorang pensyarah universiti yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah, 50.
"Saya dah banyak kali menjadi mangsa sehingga memaksa saya membuat pemeriksaan mengejut ke atas pembantu rumah baru-baru ini selepas barang kemas dan wang dalam beg duit saya hilang.
"Akhirnya saya jumpa seluar dalam berzip dan di situ dia menyimpannya, '' kata Faridah baru-baru ini.Beliau menceritakan, pembantu rumahnya itu mengakui seluar dalam itu satu cara yang selamat dan berkesan untuk menyimpan barang curi."
Saya pernah hilang cincin berlian berharga RM19,000 tetapi gagal menemui semula walaupun semua ahli keluarga menyelongkar bilik pembantu rumah.
"Satu-satu tempat tidak periksa ialah pada bahagian bawah badannya dan pada waktu itu saya tidak mengetahui dia memakai seluar dalam berzip,'' katanya dengan menambah, pembantu rumahnya itu sempat melarikan diri selepas itu.
Jangan lepas ni ada pulak "bapak-bapak" yang ambik kesempatan "memeriksa" seluar dalam pembantu rumah depa sudahhh... ini amat membahayakan institusi rumahtangga...

Ahad, 9 November 2008

EYEBALL PERDANA RAKAN RADIO AMATUR JAJAHAN PASIR MAS ARTS 56 PADA 07/11/2008

Pengerusi majlis eyeball perdana 9W2MKD baba din




9W2MIX...9M2CIO...9W2ZBS...9W2ZCC

Rakan-rakan sedang menjamu selera



Rakan-rakan dari gua musang



9W2RTP pak looong

9W2AWQ abe mawi bersama rakan-rakan HS9



9W2PNS Pak nik sin 9W2JLD abe jai

Bergambar kenangan bersama rakan-rakan terutama 9W2DRP abe aduka susah nak bergambar dengan beliau sekarang dah dapat

Bergambar bersama rakan-rakan HS9

Abe-abe yang glamour





Rakan-rakan sedang merokok



9W2SFN kang din 9W2RDR abe lan 9W2AWQ abe mawi

HS9DIL abe roni narathiwat








Juara nyanyian di malam eyeball perdana 9W2DAP abe shah setiu

Naib juara 9W2YUM



Rakan-rakan HS9 yang sama-sama menceriakan eyeball perdana