Visitor Globe

Mega ayeball




Sabtu, 27 Disember 2008

Tolak sentimen perkauman

Rakyat diminta menolak sentimen perkauman yang cuba dicetuskan oleh pihak tertentu bagi menggugat keharmonian kaum yang telah lama wujud di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Bernard Dompok berkata, cubaan menyemarakkan sentimen perkauman itu hanya bertujuan memecahbelahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

"Keharmonian perpaduan jitu yang wujud di kalangan kaum di negara ini khususnya di Sabah merupakan benteng kepada apa jua dakyah yang cuba memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis rumah terbuka Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di sini semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk V.K Liew; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun dan Pengerusi MIC Sabah, Datuk V. Jothy.

Menurut Dompok, amalan rumah terbuka pada setiap perayaan yang menjadi tradisi masyarakat pelbagai kaum di negara ini perlu dikekalkan kerana terbukti mampu mengeratkan hubungan antara kaum.

"Amalan rumah terbuka merupakan kekuatan bangsa Malaysia dalam mewujudkan persefahaman dan hubungan kukuh antara kaum sekali gus mengelak perbalahan yang boleh mencetuskan sentimen perkauman," ujarnya.

Kesimpulan Adibah Ahmad Menghina Nabi Muhammad

Hari ni aku malas nak taip panjang-panjang pasal blog Adibah, jadi aku ciplak je salah 1 entri yang aku rasa baguih untuk kita kongsi.

Komen aku dekat bawah skali. yng ni aku ciplak dari blog justkhai.

Mula-mula Khai tak nak tulis pasal entri ni sebab macam menyebarkan benda yang tak baik la pulak. Tapi tadi dalam TV3 pun dah keluar pasal isu ni, so takpelah mari kita berkongsi bersama.

Adibah Noor adalah nama besar yang kita kenal dalam industri muzik tanah air, tapi siapa pula Adibah Ahmad? Adibah Ahmad bukanlah seorang artis mahupun selebriti, tetapi kini populariti Adibah Ahmad boleh dikatakan sama dengan populariti seorang artis. Mengapa?

Mengenai blog Adibah Ahmad di blogspot yang menghina Nabi Muhammad SAW khasnya dan menghina agama islam am-nya. Siapa sebenarnya Adibah Ahmad ni? Khai akan mengulas mengikut apa yang Khai tahu dan rasakan melalui sedikit siasatan secara terperinci..

Di blog tersebut, terdapat banyak entri yang menghina Rasulullah. Dan agak tidak logik untuk mereka yang menghina agama sendiri (walaupun dah murtad) untuk mendedahkan identiti secara terbuka. Begitu berani. Boleh dikatakan, orang bodoh sahaja yang berbuat begitu.

Ok, kita jangan tunggu siasatan polis. Kita siasat sendiri. Dari apa yang Khai siasat, Adibah Ahmad (gambar) memang wujud tetapi Adibah Ahmad adalah mangsa mereka yang memendam dendam kepadanya dan dengan berani Khai putuskan di sini, blog tersebut ditulis oleh orang cina. Diulangi, berbangsa cina. Kalau kita lihat betul-betul cara penulisan dia pun, pelat-pelat melayu bangang masih ada.

Apa yang menguatkan penyiasatan Khai ni? Ok.. kalau korang masuk blog Adibah Ahmad tu, dia siap kasitahu lagi siapa nak berkenalan boleh hubungi dia di talian 03-5566 3800.. Well, nombor tu dah pun disahkan milik syarikat jual kereta mewah di Kuala Lumpur.

Ok, mari kita lihat satu profile Friendster ni. Sebelum itu, biar Khai jelaskan apa yang ada di page Friendster yang akan korang lihat ni nanti. Azahar Mohd (tuan page) menulis company dia bekerja sebagai Auto Bavaria Malaysia, BMW. Nyatanya nombor telefon yang diletakkan di blog tersebut adalah milik Auto Bavaria Malaysia, BMW. Selain tu, owner friendster tu jugak ada upload gambar dengan title “Cina Babi”. Dan lihat di “Who i want to meet”, tertulis nama Adibah Ahmad di situ sebagai secretary kepada Azahar Mohd. Di bawah adalah profile Friendster Azahar Mohd yang telah di save dalam bentuk gambar. Mana tahu kalau dia close akaun Friendster dia kerana kes ni nanti.


Untuk pembesaran klik pada gambar

Gambar kat atas ni, dah pun Khai highlight’kan mana part yang perlu korang ambil perhatian. Nyatanya di sini, ada pertelingkahan antara Adibah Ahmad, Azahar Mohd dan juga yang menyamar di sebalik blog Adibah Ahmad, seorang lelaki/wanita berbangsa cina.
Wahai pihak Polis Diraja Malaysia yang cepat, mesra dan betul, nyatanya di sini, apa yang perlu korang buat hanya pergi ke Auto Bavaria yang beralamat di..
  • No 3A, Persiaran Kerjaya, Seksyen U1, Glenmarie,Shah Alam, Selangor
… dan cari lelaki bernama Azahar Mohd. Kemudian tanya dengan cina mana yang tak puas hati dengan dia? Selesai kes! Kesimpulannya di sini, Adibah Ahmad dan Azahar Mohd telah dianiaya oleh seorang manusia berbangsa cina. Sama-samalah kita berdoa agar agama Islam tidak diperlekehkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Sebagaimana kita yang beragama Islam menghormati agama lain di Malaysia, seharusnya mereka yang bukan beragama islam harus juga menghormati apa yang telah ada di Malaysia sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Sesuatu yang tidak adak di negara lain.. Wallahualam.. Ini pula Myspace Adibah Ahmad yang turut di’create oleh cina tersebut. Terang lagi bersuluh yang page itu wujud kerana sifat dengki dan mencemarkah maruah gadis bernama Adibah Ahmad.

URL:
http://adibahahmad.blogspot.com/ * If blog tu dah tak wujud lagi dan korang tak sempat nengok, Khai dah siapkan backup dalam bentuk jpeg. Boleh klik sini kalau nak nengok. ** Thanks to Hafreze atas link Myspace & Friendster Adibah Ahmad.

TP
® - Semasa entri ini diciplak, blog Adibah telah selamat dihilangkan dari tapak blogger.com. terima kasih para bloggers yang telah bersama-sama menjayakan kempen "flag this blog" dan hasilnya dalam masa tak sampai 24 jam, usaha kita telah berjaya - blogger's... ur rock...!!!

UPDATE: Adibah Di Sabotaj

Salam semua sahabat...

Merujuk kepada posting sebelum ni berkenaan blog anti Islam (baca posting dekat bawah), baru kejap tadi ada sorang sahabat dah berjaya berhubung dengan Adibah untuk penjelasan.

Ikut penjelasan dari Adibah, dia kene sabotaj.

Aku tengah tunggu fax salinan report polis Adibah untuk pengesahan.

Jadi untuk kengkawan, teruskan flag blog tu... jangan malu dan jangan segan.

PERHATIAN UNTUK SEMUA BLOGGERS!!!

Kali terakhir kita berjaya sebab bersatu bila surind mula mempermainkan Islam dalam blognya dan kali ni aku mintak tolong semua blogger, tak kira pro UMNO ka, PKR ka, PAS ka, MIC ka, MCA ka, SAPP, DAP ka asalkan hangpa Islam...

Macam hari tu jugak, moh kita sama-sama Flag kan blog ni http://adibahahmad.blogspot.com/.

Untuk sesape yang rajin (aku tak dak kemudahan sangat nak gerak mana-mana) ni ada sikit maklumat pasai budak ni (tolong baca sampai habis) :-

Adibah Ahmad
About Me

I am open minded, modern thinking,fun loving individual, like to challenge all the old thoughts, call me at 03-5566 3800 if you are one of me.

PERHATIAN : aku tak fikir budak ni buat sendiri blog ni sebab kalau ikut lojik, orang yang gila buat blog macam ni TAK KAN BERANI NAK LETAK MUKA & NI PHONE DIA DEKAT BLOG dan jugak blog ni baru je bukak 24hb.Disember, 2008... tak sampai seminggu lagi.

Jadi aku simpulkan bahawa budak ni mungkin kena pedajal dekat sape-sape.

Mana-mana yang ada kemudahan tak payah call kalau nak cakap dengan dia. aku dah call banyak kali dah, dia tak mau cakap.

Jadi, penyelesaian ialah, buat report polis dulu, kendian pegi opis dia dengan polis untuk penjelasan. kalau betoi dia kene pedajal, kita bantu dia, kalau bukan kena pedajal, serah dekat polis terus.

Bertindak sekarang geng...!!! (korang tau macam mana nak flag kan???)

Selasa, 23 Disember 2008

Latarbelakang Ajaran Sesat Rasul Kahar

Pada 23 Mei 1991, Jawatankuasa Perundangan Majlis Agama Islam Selangor di bawah peruntukan seksyen 41(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1952, (Selangor No.3/52) Jawatankuasa Perundangan Majlis Agama Islam Selangor telah mengisytiharkan ajaran yang dibawa oleh Kaha bin Ahmad ataupun Rasul Kahar, adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Berikut adalah ciri-ciri utama ajaran Rasul Kahar yang difatwakan sesat oleh Jawatankankuasa Perundangan Majlis Agama Islam:

1.Dia mengaku dirinya sebagai Rasul serta mengatakan bahawa Rasul sentiasa diutuskan untuk menyampaikan ilmu daripada Allah.

2.Mendakwa menerima wahyu daripada Allah menerusi proses yang sama seperti yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W.

3.Mengatakan bahawa tidak wajib mengerjakan solat lima waktu kerana mendakwa memadailah dengan hanya membuat kebaikan dan mengelakkan diri dari melakukan perbuatan mungkar.

4.Beliau mendakwa bahawa Al-Quran yang sebenarnya berada di Luh Mahfuz.

5.Menolak Hadith kerana menggangap ia hanyalah rekaan manusia semata-mata yang dilakukan sesudah Rasulullah S.A.W wafat.

6.Mengatakan bahawa ibadah haji boleh dikerjakan di mana-mana sahaja tanpa perlu ke Mekah. Dia menggangap bahawa pemergian ke Mekah hanyalah semata-mata untuk melihat kesan peninggalan sejarah Rasulullah.

7.Buku yang menjadi sumber rujukan kepada Ajaran Ayah Pin, “Al-Furqaan Pembeda,” yang dikarang oleh beliau (Kahar) adalah sesat.

(Sumber: Warta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang dikeluarkan pada 29 Ogos 1991 yang diperolehi dari laman web rasmi pejabat Mufti Selangor Darul Ehsan, www.muftiselangor.gov.my ).

Latarbelakang Pengharaman Ajaran Sesat Ayah Pin


Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dalam fatwa yang diwartakan pada 4 Disember 1997, telah mengisytiharkan bahawa ajaran yang dibawa oleh Arifin Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Ayah Pin adalah sesat.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada peruntukan yang diberikan dalam Enakmen Pentadbiran hal Ehwal Agama Islam 1986.Berikut adalah ciri-ciri utama ajaran Ayah Pin:
1.Mendakwa berguru dengan Jibril.
2.Beriktikad bahawa Ayah Pin berada dihadapannya setiap kali mengerjakan solat.
3.Mendakwa beliau menerima syahadah secara langsung dari Tuhan serta menganut Islam setelah mengamalkan agama-agama lain.
4.Mengatakan bahawa tiada orang lain yang layak memimpin manusia selain daripada beliau (Ayah Pin).
5.Dia adalah pemegang kunci-kunci akhirat serta setiap nyawa manusia berada dalam tangannya.
6.Mengatakan lebih afdhal untuk bersyair serta memuji-muji nama Ayah Pin daripada mengerjakan solat serta berzikir.
7.Beriktikad kepada Ayah Pin ketika mengucap dua kalimah syahadah.
8.Beliau berkuasa untuk menentukan samaada seseorang itu akan ke Syurga ataupun Neraka.
9.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
10.Mengatakan seseorang itu perlu melihat sebelum beriman. Sebagai contoh, kita perlu mengenali serta mengecam Allah dsebelum beriman kepada-Nya.
11.Beriman kepada Rasul dengan menemui mereka.

(Sumber:Oleh
JAKIM).

Adik hilang: Rabiatul Adawiyah Bt Ngah


Assalamualaikum..
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin.
Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.
Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu.
Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.
Yg m'mnta kerjasama
P/s Kepada Rakan-rakan Radio Amatur ( Ham ) di seluruh Malaysia......kalau ada maklumat sila hubungi no taliphone saudara kita di atas

Isnin, 22 Disember 2008

9w2smo...9w2jld...Hs9dil