Visitor Globe

Mega ayeball

Sabtu, 29 November 2008

Infomasi banjir

INFOMASI BANJIR DI KELANTAN

Sila klik di sini untuk mengetahui paras air sungai utama di kelantan :-

http://infobanjir.water.gov.my/waterlevel_page.cfm?state=KEL

Mohon Bantuan: Kanak-kanak Hilang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,



Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan kanak-kanak ini yang bernama Nur Khairunnisa Syahida.



sila hubungi En. Rosli di talian 013-606 5757 atau e-mailkan ke nurshah_shanur@yahoo.com.sg atau norliza_cni@yahoo.com secepat yangmungkin.



Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.Kanak-kanak ini telah hilang pada 14hb November 2008 yang lalu.



Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru.



Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.



Sekian, terima kasih.



Kerjasama dan bantuan anda amat kami hargai.

Sungai Golok paras amaran

KOTA BHARU - Sungai Golok di Rantau Panjang sudah menghampiri paras amaran, manakala Sungai Kelantan di Kusial masih pada paras waspada dan sungai-sungai lain paras normal.

Hujan juga berterusan di beberapa tempat namun setakat jam 9 malam, tiada laporan terdapat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir seluruh Kelantan.

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Kapten Ir Anuar Yahya berkata, pada bacaan paras sungai jam 9 malam.

Sungai Golok di Rantau Panjang mencatat bacaan 8.39 meter menghampiri paras amaran 9 meter.

- http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story2200227.asp

Jumaat, 28 November 2008

Bilik gerakan banjir mula dibuka

JELI – Bilik Gerakan Operasi Banjir Negeri Kelantan, semalam mula membuka bilik gerakan banjir di jajahan Pasir Mas berikutan paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang mencecah paras amaran.

Setiausaha BKN negeri Kelantan, Mohamed Roslee Mamat ketika ditemui berkata, awal pagi semalam paras air Sungai Golok mencecah 8.3 meter dan bilik operasi jajahan itu mula dibuka pada jam 9 pagi.

Susulan daripada itu, ahli jawatankuasa banjir daerah turut diarahkan bersiap sedia untuk berkemungkinan berlakunya banjir di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang.

“Memandangkan keadaan hujan masih lagi renyai-renyai, kita sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan walaupun pada jam 11 pagi tadi (semalam), paras air Sungai Golok menunjukkan penurunan 2 meter kepada bacaan 8.1 meter,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program tanam budi Briged Kebajikan Perdana di Kampung Kalai Kata Mohamed Roslee, persiapan awal sudah dilakukan bagi mengelak mereka yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Golok tidak terperangkap sepertimana banjir tahun lalu. Sehubungan itu, petugas-petugas banjir ketika ini bersedia untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir sekiranya paras air Sungai Golok terus meningkat.

“Bagaimanapun, sehingga kini (semalam), masih belum ada penduduk-penduduk dipindahkan ke mana-mana pusat pemindahan banjir. “Berkemungkinan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, paras air Sungai Golok boleh meningkat pada bila-bila masa lebih-lebih lagi malam ini (malam tadi) dan kita telah bersedia untuk menghadapinya,” kata beliau..

-http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story2198768.asp

Hari raya Aidiladha 8 Disember ini

KUALA LUMPUR - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah semalam mengisytiharkan Rari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Disember ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 November 2008 Masihi.

“Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Disember,” menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

-BERNAMA

Khamis, 27 November 2008

ARTS 56 anjur latihan menyelamat

PASIR MAS KELANTAN - Bagi meningkatkan kemahiran dalam memberi bantuan keselamatan dan sebagai persediaan kepada mangsa banjir, Persatuan Radio Amatur Jajahan Pasir Mas (ARTS 56), menganjurkan taklimat kepada ahlinya di sekitar kawasan Pasir Mas, Kota Bahru, Bachok dan beberapa kawasan lain.

Presidennya, Zainal Abidin Yaakub (9W2 MKD) berkata, taklimat tersebut merupakan salah satu persediaan awal kepada ahlinya dalam meningkatkan kemahiran mereka semasa proses bantuan kepada mangsa banjir nanti.

Beliau berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan kepada pihak berkuasa, tetapi ahli-ahli ARTS 56 perlu terlebih dahulu mempelajari pelbagai teknik dalam membantu mangsa banjir supaya tidak tersalah langkah.

“Teknik dan asas menyelamat ini memberikan pendedahan baru kepada ahli dan taklimat yang disampaikan adalah secara teori dan praktikal,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Presidennya, Wan Abdullah Wan Abdul Rahman (9W2 WAE) berkata, taklimat menyelamat itu pertama kali dianjurkan dan mendapat kerjasama daripada penceramah yang berpengalaman.

Selain diberikan pendedahan secara teori, katanya, ahli ARTS 56 juga diberi peluang untuk mengadakan panduan menyelamat secara praktikal yang diadakan di Kem Can Cun Park bagi memudahkan lagi pemahaman dalam aspek menyelamat mangsa banjir.

“Proses menyelamat ini melibatkan nyawa manusia dan setiap langkah yang diambil perlulah berjaga-jaga supaya tidak membahayakan keselamatan nyawa orang lain,” katanya.

Manakala bagi pencera-mahnya, Tuan Mohd Shafri Tuan Long Husin (9W2 TMS) berkata, setiap ahli diberikan penekanan kepada tiga modul keselamatan iaitu pertolongan cemas, pengendalian bot dan praktikal di kolam.

“Saya memberikan penekanan kepada tiga perkara ini kerana ianya adalah perkara penting dalam aspek menyelamat,” katanya.

petikan :- http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story2193282.asp

Isnin, 24 November 2008

Harga minyak sepatutnya RM1.52!!!

Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.

"Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya."Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,"dakwanya.

Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.

Ahad, 23 November 2008

Perlu ada kod etika penulis blog, komuniti Internet

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mahu satu kod etika diwujudkan sebagai panduan kepada penulis blog dan komuniti Internet (Netizen) ketika menulis pandangan dan membuat laporan melalui ruang siber.

Beliau berkata, penulisan dan laporan blog kini bukan lagi satu aktiviti mengisi masa lapang, sebaliknya telah berubah menjadi satu jenama dan banyak pihak mendapat keuntungan melalui blog serta portal berita.

Katanya, lebih penting lagi, budaya blog semakin menyentuh kehidupan lebih ramai rakyat Malaysia yang berpeluang mencapai lebih banyak sumber berita dan maklumat.

''Dengan peralatan yang begitu berkuasa, penulis blog mampu mempengaruhi pembaca dan membentuk perspektif mereka. Penulis blog mampu menyatupadukan komuniti dan mereka juga boleh memecahbelahkan mereka.

''Menjadi hasrat kita supaya penulis blog meneruskan kegiatan mereka seiring dengan harapan negara untuk memastikan keamanan dan kemajuan dicapai secara lestari," katanya dalam ucaptama merasmikan Forum Bloggers Buff 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, penulis blog khususnya dan rakyat Malaysia perlu sentiasa mementingkan komposisi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan.

Katanya, rakyat Malaysia mesti menggunakan semangat tolak ansur, perpaduan dan harmoni untuk terus membina bangsa yang maju dan bersatu padu.

''Kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk mengekalkan keselamatan dan kestabilan negara kerana ia penting kepada kemakmuran negara," katanya.

Selanjutnya di :- http://perisik-rakyat.com/