Visitor Globe
Mega ayeball



Sabtu, 22 November 2008
Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin
Atau Islam dibuat bagaikan saluran media untuk mengiklan barang. Islam ditampal dalam aktiviti kehidupan sesetengah pihak bukan kerana kecintaan kepada Islam, tetapi kerana itu boleh mempengaruhi orang ramai. Ini samalah dengan seorang tuan kedai yang menggantungkan ayat-ayat al-Quran di dinding kedainya untuk menarik perhatian pelanggan semata.
Padahal dia tidak pun berpegang kepada isi kandungan ayat yang digantung. Islam yang menuntut agar bersih dan jujur dalam perniagaan, tidak pun dilakukannya. Bahkan lebih teruk lagi, mungkin dia tidak bersolat, berpuasa dan perkara-perkara asas yang lain sebagai seorang muslim.
Namun dinding kedainya dipenuhi ayat al-Quran. Maka ayat al-Quran itu bukan pegangan hidupnya, tetapi alat yang dipergunakan untuk kepentingan dirinya. Bukan sedikit orang yang seperti tuan kedai itu dalam masyarakat kita. Mungkin bidang kepentingan dan caranya berbeza-beza, tetapi perbuatan mengeksploitasikan agama itu adalah sama.
Ustaz Produk
Saya amat tidak bersetuju apabila produk-produk yang melantik penceramah-penceramah agama sebagai duta produk mereka. Maka para penceramah ini akan berceramah ke sana sini menggunakan nas-nas agama itu dan ini untuk dikaitkan dengan produk yang dia didutakan.
Jadilah agama mainan ‘golongan peniaga’ dalam mempengaruhi orang awam. Hadis-hadis yang entah daripada mana asalnya, atau yang tidak sahih dikeluarkan untuk melariskan produk. Orang awam yang jahil akan terpengaruh.
Kadang-kala nas yang digunakan itu benar, tetapi dieksploitasikan. Umpamanya al-Quran memang menyebut tentang kelebihan madu seperti firman Allah:
Selanjutnya di :- http://drmaza.com/home/?p=501#more-501
Bantuan Komunikasi Banjir Rakan Radio Amatur Kelantan
Welcome..Di lihat pada guideline MCMC ada tercatat ia itu sentiasa mengambil bahagian dalam kerja-kerja membantu pihak-pihak berwajib semasa negara menghadapi bencana alam seperti banjir dan sebagainya.
Sehubungan dengan itu, saya mewakili semua ahli radio amatur Negeri Kelantan telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa bencana alam (banjir) di peringkat negeri.
Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada Majlis Keselamatan Negeri Kelantan dan Kerajaan Negeri Kelantan yang telah memberi kepercayaan kepada Ahli-Ahli Radio Amatur untuk bersama-sama menghulur tangan membantu dalam keadaan semasa negeri akan menghadapi musim banjir pada tahun ini.
Apa yang boleh bagi kita pengguna Radio Amatur ini ialah memberi sumbangan sebagai back-up komunikasi semasa bencana - banjir sekiranya dan semua rangkaian komunikasi sedia ada tidak berfungsi.
Dalam mesyuarat pada 18 November 2008 di Bilik Gerakan JPP Kel. yang di pengurusikan oleh En.Rosli Pengarah Bahagian Keselamatan Negeri Kelantan meminta semua Ahli Radio Amatur dapat memberi kerjasama semaksima yang boleh khususnya memberi dan menerima maklumat dari pusat-pusat pemindahan.
Ia itu jumlah pemindahan dan apa-apa keperluan dari pusat-pusat pemindahan ke Bilik Gerakan Banjir Jajahan.Apa yang di pohon tadi ialah pihaknya (Bilik Gerakan Banjir Jajahan), tidak dapat berhubung beberapa pusat-pusat pemindahan terutamanya di kawasan / jajahan Pasir Mas khususnya di kawasan sempadan.
Jadi dengan ini sekiranya ada antara kita yang kebetulan berada berhampiran dengan pusat-pusat pemindahan bolehlah set-up station di sana dan bertugas sebagai relay station kepada bilik Gerakan Jajahan.Dalam perbincangan tadi sudah dimaklum bahawa Rakan-Rakan Amatur akan set-up station di Bilik Gerakan Jajahan.
Jadi saya merayulah kepada semua Rakan Amatur dapat memberi kerjsama sepenuhnya dalam hal ini. Sila ke Bilik Gerakan Jajahan masing-masing dan maklum kepada pegawai bertugas untuk set-up station (pemasangan antenna dan mobile rig) dan secara bergilir bertugas di sana nanti.
Kita serahkan kebijaksanaan Ketua atau Presiden Kelab di Daerah masing-masing untuk mengatur perkara ini. Perkara ini sudah mendapat persetujuan di peringkat Negeri.Di peringkat Negeri, yang mana akan beroperasi di SUK. Mohon mana-mana callsign yang berkelapangan dapat bertugas secara bergilir di Bilik Gerakan Negeri.
Sekiranya rangkaian komunikasi yang sedia ada terputus - brake down dan perkhidmatan Radio Amatur di perlukan dan antara bidang tugas yang akan kita laksanakan ialah :
- Menerima dan menghantar berita/lapuran dari Bilik Gerakan Jajahan dan lapur kepada Pegawai bertugas di Bilik Gerakan Negeri atau sebaliknya.
- Menghantar berita / lapuran semasa mengenai bencana kepada mana-mana station di luar sebagai hebahan dan untuk disampaikan kepada mangsa / masyarakat.
- Menjadi perantaraan antara ajensi-ajensi yang sedang memberi bantuan kerja-kerja menyelamat / operasi menyelamat.
- Sekiranya menerima lapuran kecemasan mana-mana station lain, sila lapur terus kepada Pegawai Bertugas dan pastikan apakah bentuk bantuan yang di perlukan.Saya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada semua Ahli Radio Amatur di Negeri Kelantan ini dapat memberi kerjasama sepenuhnya.
Tunjukkan kepada Kerajaan bahawa Ham Radio juga dapat berbakti kepada masyarakat bukan sekadar sembang-sembang saja di udara. Bermula kerja-kerja kita ini setelah Kerajaan mengistiharkan banjir atau Bilik Gerakan Negeri di buka.
Disamping itu juga Radio SRS dari Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional juga akan dijadikan sebagai back-up komunikasi. Mereka juga akan di arah untuk berada di lokasi-lokasi atau di pusat-pusat permindahan.
Sekian,73, 9W2SYD AJK Becana Alam Kelantan
p/s - Segala pertanyaan sila hubungi 9w2syd Pak syidina
-petikan ARKB
Jumaat, 21 November 2008
PENGEBOM BALI PUN DIBENAR SEMBAHYANG JUMAAT


27 Nov tarikh tentukan Raya Qurban
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui cara menetapkan tarikh Hari Raya Qurban berdasarkan Rukyah dan Hisab, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.
Tarikh Hari Raya Qurban akan diisytiharkan pada malam tersebut melalui radio dan televisyen.
Khamis, 20 November 2008
Polis tak lemah semangat kritikan pembangkang
Menurutnya, tindakan pihak terbabit tidak sedikit pun melenturkan semangat anggota pasukannya, malah mendorong mereka untuk lebih bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab untuk menjamin keselamatan awam dan ketenteraman negara.
Kata beliau, pasukan polis juga tidak pernah berkecil hati dengan kritikan-kritikan dan kenyataan memperlekehkan pasukan polis sebaliknya pegawai dan anggota-anggota meneruskan tugas harian seperti biasa.
Katanya, tidak sepatutnya ada pihak yang cuba mempolitikkan isu kredibiliti pasukan polis sedangkan pihaknya sentiasa bertungkus-lumus setiap masa menjaga keselamatan dan ketenteraman negara.
"Adakah adil untuk mereka mengkritik sehingga seolah-olah polis mengabai tugas mereka? Pegawai dan anggota saya bertugas siang malam, malangnya pengorbanan mereka tidak dihargai sebaliknya dikutuk.
"Ahli-ahli politik sentiasa mempunyai pandangan mereka tersendiri, kalau mereka rasa polis tiada kredibiliti, kita pun tidak boleh buat apa-apa. Yang penting, kita laksanakan tugas kita," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Musa diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dalam Utusan Malaysia hari ini yang meminta semua pihak terutama parti pembangkang supaya jangan memperlekeh kredibiliti pasukan keselamatan.
Syed Hamid turut menyelar tindakan wakil rakyat parti-parti terbabit yang cuba meraih populariti dengan cara mengutuk anggota polis serta menyifatkan tindakan mereka sebagai tidak munasabah.
Menurut beliau, kejayaan pihak polis tidak pernah dipuji pembangkang namun hanya kutukan demi kutukan dilemparkan.
TP - dah namanya "pembangkang"... bangkang je la kerjanya... walaumacam manapun, sikap terbuka PDRM dalam menerima kritikan amatlah dipuji.
Jadikan kritikan sebagai pembakar semangat dan juga sesuatu yang membina
UMNO Memang Sebuah Pertubuhan Yang Adil..!

Ahli jawatankuasa Umno bahagian Tanah Merah, Abdul Rahman Ibrahim telah dipecat daripada Umno ekoran tindakannya mengemukakan saman pemula dan mendapat perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang 32 ahli termasuk bekas Ketua Pemuda, Ikmal Hisham Abdul Aziz menghadiri mesyuarat bahagian tersebut.
Awek & Balak Di Akhir Zaman




Post ni aku cilok dari blog Anak Cucu Nabi Adam hasil kreativiti (creativity) blogger tinta hijau. santai la pulak beb...
Pusat Membeli belah
Ini adalah wa punya pemerhatian terhadap perlakuan social yg seling boleh dilihat di pusat2 membeli belah di tanah ayer..
1. Awek cun + balak hensemIni couple rileks sahaja. Tiada menunjukkan public affection yang berlebihan. Olang lain pun sinang melihat meleka.
2. Awek cun + balak tak hensem Kebanyakan awek yg cun mesti mendapat balak yang tidak hensem. Sila pelhatikan balak itu, ada satu macam muka bangga sebab dia punya amoi cun. Kadang-kadang itu balak mesti pakai spec hitam mau kasik nampak sikit hensem. Boleh diperhatikan juga, itu balak suka buat lawak talak kelaka mau kasik tambat hati aweknya itu (tapi itu awek jalang ketawa, cuma senyum manis sahaja). Selalunya juga, balak itu mempunyai dompet yang tebal.
3. Awek tak cun + balak hensemLu boleh nampak itu awek mesti pegang kaw-kaw tangan balak dia yang hensem tamau kasik lepas. Wa pun tatau apa hat. Public affection yang terlampau2 juga akan dilakukan oleh itu awek tersebut terhadap balaknya. Boleh diperhatikan jua kadang2 itu balak hensem pun ada sikit segan sama itu awek punya tingkatlaku. Lepas itu aa, kalau ada amoi cun lalu tepi , ini awek tak cun mesti kasik jelingan maut terlhadap itu amoi cun. Selupa mau makan olang... Inseculity ploblem..
4. Awek tak cun + balak tak hensemIni couple talak sapa pedulik punya..no komen..
5. Group of girls + 1 guySelalunya berlaku di kedai makan .. Seolang lelaki di kelilingi kawan-kawan pelempuan nya. Sungguh selonok kalau dapat mendengar perbualan meleka. Lu akan pelasan, sambil meleka makan, itu lelaki mesti cakap paling banyak sambil buat lawak talak kelaka (tapi kawan2 pelempuannya mesti ketawa jugak)
6. Awek cun berpakaian seksiAkan lamai olang melihat awek ini. Tetapi awek ini talak kisah sebab besar kemungkinan dia sulah biasa mendapat pandangan seperti itu. Awek seksi ini suka menunjukkan buah-buahan di dada nya, atau pusat nya di khalayak lamai kelana dia tau badan nya ada powah.. Seperti juga lu ada keleta cantik ka lumah besar ka jam balu ka mesti kasik olang tengok, so boleh pelasaan ada happy. ini awek pun sebegitu jua.
7. Awek tak cun berpakaian seksiHoiyoooo ini manyak keji punya polumpuan. Lu balang talak cantik kasik tutup mahh, jangan bikin olang lain saakit mataa. Ini spesis juga suka menipu dili sendili dengan mengatakan "I wear sexy and I feel good" ataupun "I have the right to wear anything I want"... Sememangnya meleka melasakan bahawa berpakaian seksi boleh menjadikan meleka jadi lagi lawa.. Wa tidak lasa begitu. Huduh akan tetap huduh. Tetapi jikalau huduh & sexy?? Tepuklah lu punya dada tanya selera ada lalu ka? Tatau apa mau cakap lagi woo..
Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat
Keadaan itu berlaku di daerah Kota Baharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai di Kelantan, di daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu di Terengganu.
Keadaan yang sama turut berlaku di Pahang, daerah Jerantut, Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Bera dan Temerloh, menurut kenyataan jabatan itu.
Kenyataan itu menambah keadaan tersebut boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan rendah dan tebing sungai.
Hujan lebat dan ribut petir beserta angin kencang yang berlaku di Pulau Pinang, Selangor, daerah Sepang, Klang dan Kuala Langat, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, daerah Kuala Pilah, Seremban, Rembau dan Port Dickson, Melaka dan Johor Barat dijangka berterusan sehingga malam Rabu.
Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Johor Timur.
Rabu, 19 November 2008
Lokasi Ayah Pin dikesan, polis dan JHEAT susun tindakan bawa keluar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, JHEAT akan bekerjasama dengan pihak polis untuk membawa Ayah Pin keluar dari lokasi tersebut dalam jangka masa terdekat.
Zahid berkata, beliau telah menerima maklumat tentang lokasi tersebut daripada pegawai-pegawainya awal pagi tadi."Laporan terbaru yang saya terima setakat pukul 10 pagi tadi, pegawai saya melaporkan mereka sudah tahu di mana ayah Pin berada dan disembunyikan.
"Mereka akan bekerjasama dengan pihak polis untuk keluarkan Ayah Pin dan diambil tindakan sivil dan syariah," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.
Khamis lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, berkata Ayah Pin yang pernah menghilangkan diri kerana didakwa mengasaskan satu ajaran sesat dilaporkan berada di Terengganu.
Beliau berkata, polis bagaimanapun tidak dapat mengambil tindakan terhadapnya setelah JHEAT memaklumkan kepada polis untuk tidak menahan Ayah Pin sehingga siasatan selesai.
Ayah Pin pernah menggemparkan tanah air kira-kira tiga tahun lalu apabila beliaumengetuai 'Kerajaan Langit' mempunyai sekumpulan pengikut yang amat taksub dengannya.
Kumpulan yang melanggari lunas-lunas Islam itu berjaya dihapuskan, manakala Ayah Pin pula menghilangkan diri.
-mSTAR Online
Selasa, 18 November 2008
Pelik tetapi benar - kelantankini
BUKIT KECHIK TANAH MERAH KELANTAN - Walaupun sudah berusia 50 tahun tidak menghalang Ismail Mahmod, atau lebih dikenali sebagai Usin menjalankan aktiviti memungut tin kosong yang dilemparkan di sepanjang jalan.
Tanpa menghiraukan kata-kata orang ramai, lelaki ini memikul beg plastik setiap hari sejauh lebih seratus kilometer yang memakan masa hampir dua belas jam.
Tin yang dipungut cuma sekitar satu atau dua guni sahaja, bergantung kepada nasib dan rezeki dengan kadar jualan sekitar RM5 hingga RM10 sahaja tetapi disebabkan pergerakannya tidak menggunakan bayaran, wang sebanyak itu dapat disimpan.
Menurut Usin, mencari tin atau bekas air yang dibuang sudah menjadi kebiasaannya sejak enam tahun lalu, malah ia merupakan sumber pendapatannya “Saya suka buat kerja ini, namun dahulu pernah memelihara empat lima ekor lembu tetapi disebabkan terpaksa memotong rumput di tepi jalan setiap pagi dan petang, adik-adik saya tidak benarkan, kemudian kesemua haiwan tersebut dijual.
“Mereka berbuat begitu demikian demi keselama-tan kerana bimbang saya dilanggar kenderaan yang sibuk lalu-lalang,” katanya yang tinggal bersama kakaknya Fatimah Mahmod, 55, di Kampung Bukit Kechik. Apabila ditanya mengenai wang yang diperoleh, Usin menyatakan berhasratnya untuk menunaikan fardu haji di Tanah Suci jika diizinkan.
Sinar Harian yang sempat berbual dengan Usin mendapati wajah dan pakaiannya bersih dijaga dengan rapi.
sinarharian
Isnin, 17 November 2008
Kecek Kecek Kosong.......Rakyat Ternganga
11 TAHUN
HILANG SEMENJAK 9.3.2008
SHARLINIE MOHD NASHAR
5 TAHUN
HILANG SEMENJAK 9.1.2008
LEE KIM HOOI
12 TAHUN
HILANG SEMENJAK 19.8.2008
NURIN JAZLIN JAZIMIN
8 TAHUN
DITEMUI DIBUNUH PADA 17.9.2007
di atas adalah beberapa siri jenayah yang melibatkan kanak kanak.sehingga ke hari ini tiada penyelesaian dan sebarang tangkapan dibuat.cadangan untuk mebuat amaran kanak kanak hilang juga tinggal omongan kosong pemerintah.
Berbagai lagi yang membabikan seks salah laku seks terhadap kanak kanak juga semakin berleluasa.kanak kanak seolah olah hidup di neraka dunia penuh ketakutan.Ibubapa sendiri curiga dengan keselamatan anak anak.
Anak anak tidak lagi dibenarkan bermain di taman.banyak kesan psikologi terhadap anak anak ini kelak.rakyat memerlukan satu tindakan yang berkesan daripada pemerintah.
Sehingga kini,tiada penyelesaian terhadap isu ini.cuma cadangan demi cadangan tanpa kesudahan daripada pihak PDRM sendiri.kes kes di atas seolah olah dilupakan.cuma ayat penyedap hati “kami masih menyiasat dan menunggu bukti baru “apabila masalah ini di ajukan.
Sampai bila anak anak ini harus hidup dalam ketakutan.bilakah satu tindakan agressif dan berkesan akan dia ambil.Adakah apabila berlakunya lagi kejadian yang sedemikian.maka ramai yang melompat!!!dan cuba menjadi hero semula.
TP - Renungkan kalau terjadi ke atas anak kita
Kukuhkan Politik Melayu ?
Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kebelakangan ini, terlalu banyak penghinaan yang dilemparkan terhadap orang Melayu seolah-olah mereka telah hilang punca dan maruah.
“Fakta dan sejarah seolah-olah menjadi alat mainan politik lalu Melayu dan pribumi ditempelak, dipertikai, dicemuh dan dihina.
“Ramai orang Melayu terasa tersinggung dengan luahan-luahan yang mempersenda bangsa mereka. Tetapi ramai pula yang terus dalam keadaan tidak kisah lantas membiarkan sahaja polemik pribumi ini dipermainkan di arena politik kelompok masing-masing,” katanya.
TP - dah lebih 50 tahun baru nak perkukuh? melayu dah layu dahhh...
Ahad, 16 November 2008
Binatang Paling EGO Di Dunia


Ahmad Fauzi asyik melayan dua ayam serama kesayangannya yang pantang melihat air. (Gambar bawah) Reban ayam serama dua tingkat yang cantik dan bersih.
“Melalui internet, saya mendapati pemeliharaan ayam serama berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Malah, ada pertubuhan ayam serama dengan laman web masing-masing, iaitu Serama Council of North America dan World Serama Federation,” katanya. Perkembangan menggalakkan di dunia luar mendorongnya bertekad mengubah kaedah penternakan ayam serama yang sebelum ini dilakukan secara tradisional.
Jangka hayat antara tujuh hingga 15 tahun.
Berat ideal adalah 500 gram ke bawah dengan saiz adalah satu pertiga dari ayam biasa.
Ciri istimewa adalah ekor lentik, berdada tegak dan kepak lurus ke bawah
Mempunyai kira-kira 2,000 warna.
Menjadi haiwan peliharaan kerana jinak, manja dan mengenali tuannya.
Haiwan ini mempunyai gelagat menarik seperti berjalan mengundur ke belakang.
Masyarakat Melayu percaya haiwan ini mempunyai khasiat perubatan.
Perwatakan - Kelihatan gagah, berani dan yakin. Lagak suka menonjol seperti berkokok dan suka berdiri.
Ekor - Saiz besar, menegak dan tinggi. Bulu pelepah ekor utama panjang, melentik di penghujung dan berkembang seperti bentuk V. Lawi (ayam jantan) menegak 90 darjah dan sedikit melentik ke belakang di penghujung.
Kepak - Ketika berdiri, kepak ayam dalam posisi menegak tetapi sedikit menghala ke belakang. Hujung kepak bersentuhan sedikit dengan lantai.
Badan - Tegap dan bulat. Dada ayam lebih luas dari bahagian belakang apabila dilihat dari atas. Dari tepi, badan berbentuk V. Belakang ayam pendek dan lebar di bahagian bahu.
Kaki - Tidak begitu rapat dan selari. Panjang sederhana dan seimbang dengan saiz kepak. Paha berotot dan sederhana panjang. Taji di bahagian tengah betis, keras, kecil dan menghala ke belakang kaki.
Tahlil Bukan Bidaah
Katanya, tahlil berjemaah sudah sebati dalam masyarakat Islam negara ini, terutama apabila berlaku kematian, malah kini menjadi program rasmi peringkat negara untuk menyambut perayaan tertentu. “Sebenarnya ulama dunia seperti Mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa, mengakui bahawa memang ada konsep tahlil dalam Islam. Bukan beliau saja, kebanyakan ulama lain mempunyai pandangan sama,” katanya. Beliau berkata, tahlil juga adalah aktiviti sosial bermanfaat kerana umat Islam berkumpul dan berzikir untuk mengingati Allah.
“Saya tidak nampak ada masalah dari segi hukum syarak. Mungkin perbezaan dari segi tempat seperti bertahlil di Malaysia dan Indonesia tidak sama dari segi cara. Perbezaan ini lebih kepada faktor budaya, tetapi prinsip amalan tetap sama,” katanya.
Dr Luqman berkata, prinsip tahlil ialah pahala ibadat ini disedekahkan kepada si mati dan ini juga adalah pandangan majoriti ulama. Katanya, ulama terkenal Arab Saudi, Sheikh Sayyid Muhammad Alawi, menyatakan bahawa orang yang meninggal dunia boleh mendapat manfaat daripada amalan soleh orang yang masih hidup, tetapi bentuk manfaat itu tidak diketahui. “Terserah kepada Allah. Mungkin manfaat dalam bentuk pahala dan atau dosa diringankan. Prinsipnya adalah sampai kepada si mati,” katanya.
Beliau tidak menafikan ada yang menganggap tahlil sebagai bidaah, tetapi jika dilihat dari sudut ini, ini bermakna banyak perkara yang dilakukan umat Islam sekarang adalah bidaah. “Kita tidak boleh menghukum setiap perkara yang Nabi Muhammad SAW tidak buat sebagai bidaah dan sesat,” katanya. Mengenai amalan mengadakan majlis tahlil pada hari Khamis malam Jumaat, katanya selain berasaskan kelebihan malam Jumaat, ia mempunyai kaitan dengan pada zaman dulu, Jumaat adalah hari cuti menyebabkan masyarakat memilih hari itu. Sepanjang Ramadan pula, katanya majlis tahlil semakin kerap diadakan kerana kelebihan beribadat sepanjang bulan ini mendapat pahala berlipat kali ganda.
Tahlil arwah: Pertama: Amalan tahlil merupakan amalan yang baik dan berpahala kerana ia dipenuhi dengan zikir dan bacaan ayat-ayat al-Quran. Setiap huruf dan ayat al-Quran yang dibaca akan diberikan pahala oleh Allah sebagaimana sabda Baginda bermaksud: Barang siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia akan mendapat satu kebaikan dan satu kebaikan digandakan sepuluh, aku tidak katakan bahawa ‘alif lam mim’ satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.
(Riwayat Tirmizi) Selain itu, Rasulullah bersabda bermaksud: Barang siapa yang mendengar satu ayat daripada Kitab Allah maka dituliskan baginya satu kebajikan yang berlipat ganda, dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari kiamat.
(Riwayat Ahmad) Jadi pahala daripada amalan dan doa dalam tahlil akan sampai kepada si mati dan dapat memberi manfaat kepadanya. Dalam kitab Fatawa Syar'iyah karangan As-Syeikh Hasanain Makhluf, bekas Mufti Mesir, dinukilkan kata-kata Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Bahawasanya mayat itu mendapat manfaat daripada seluruh ibadat badan seperti solat, puasa dan bacaan sebagaimana dapat manfaat daripada ibadat harta seperti sedekah dan seumpamanya.”
Oleh itu kita boleh menghadiri majlis tahlil dan ia tidak dikatakan sebagai bidaah. Kedua: Menetapkan hari-hari tertentu untuk mengadakan tahlil seperti hari ketiga, ketujuh dan 100 adalah perbuatan bidaah yang tiada nas dalam al-Quran atau sunah, lebih-lebih lagi apabila ia diyakini mendapat ganjaran tertentu apabila dilakukan pada hari-hari tertentu.
HUKUM mengadakan majlis tahlil adalah harus, asalkan tidak mengambil harta si-mati tanpa hak. Keluarga si-mati pula tidak dibebankan dengan bayaran yang tinggi. Sementara jiran tetangga boleh membantu keluarga si-mati dengan menyediakan makanan untuk tetamu yang majlis berkenaan. Mengenai hadis 'terputus amalan si-mati kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan' adalah benar. Bagaimanapun, ia tidak menafikan doa orang lain yang mendoakan kepada kesejahteraan roh si-mati, lebih-lebih apabila ia datang atas usaha anak atau keluarga si-mati.
Dalam al-Quran sendiri Allah menyarankan agar kita berdoa kepada orang yang sudah kembali lebih awal daripada kita seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan orang-orang Islam yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa-dosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dalam iman dan jangan Engkau jadikan kami perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan Rahmat-Mu.” (al-Hasyr:10).
Serigala Jadian Wujud
Menyalak kepada bulan, membunuh dan memakan daging manusia
PADA 1573, seorang lelaki Perancis, Gilles Garnier dibakar hidup-hidup selepas lebih 50 saksi melihat dia mengoyak badan kanak-kanak dan memakan daging manusia yang dibunuhnya.
Garnier mengaku dia membunuh dan memakan daging lebih empat kanak-kanak berusia antara 10 hingga 12 tahun kerana dia adalah serigala jadian. Menurutnya, dia memperoleh keupayaan untuk bertukar daripada manusia kepada raksasa serigala selepas bertemu dengan syaitan ketika berburu bagi mencari makanan di dalam hutan pada waktu malam.
Syaitan itu memberi krim magis yang membolehkannya bertukar menjadi serigala jadian dan dia mula menculik kanak-kanak serta memakan daging mangsanya itu. Bagaimanapun, tindakan Garnier akhirnya terbongkar selepas beberapa saksi terserempak dengannya yang sedang melakukan perbuatan berkenaan.
Kira-kira 31 tahun kemudian, kes sama turut berulang di Perancis. Seorang remaja, Jean Grenier, 13, mendakwa pernah bertemu dengan syaitan di dalam hutan dan puaka itu memberikannya kulit serigala yang membolehkan jasadnya bertukar menjadi serigala jadian.
Selepas bertukar menjadi serigala jadian, dia berkeliaran pada setiap malam untuk membunuh dan memakan kanak-kanak. Grenier akhirnya dihukum penjara seumur hidup di Biara Fransiskan.Seterusnya melewati masa, beberapa lagi kes sama dilaporkan di pelbagai tempat di seluruh dunia - manusia membunuh selepas bertukar menjadi serigala jadian. Persoalannya, adakah benar jasad manusia mampu bertukar menjadi raksasa berupa haiwan menggunakan ilmu sihir atau bantuan syaitan?
Jasad serigala jadian.
(Gambar kecil)
Penghidap Hypertrichosis.
Kepercayaan mengenai fenomena mistik itu bukanlah suatu perkara baru malah ia sudah berlarutan selama ratusan tahun malah wujud dalam budaya banyak bangsa di dunia ini.
Masyarakat kuno Sepanyol, Portugis dan Brazil misalnya percaya bahawa manusia memang mampu bertukar menjadi serigala.
Menurut kepercayaan lama mereka, sekiranya sesebuah keluarga memiliki enam anak perempuan, maka anak ketujuh mereka akan menjadi serigala jadian sekiranya anak itu adalah lelaki.
Di Itali, Perancis dan Jerman pula, wujud kepercayaan bahawa seorang lelaki akan bertukar menjadi serigala jadian sekiranya dia tidur di luar rumah pada malam Rabu atau Jumaat tertentu pada musim panas dan cahaya bulan memancar terus ke wajahnya.
Herodotus iaitu sejarawan Yunani dari abad kelima Sebelum Masihi (SM) pula menceritakan wujud puak Neuri pada zaman dulu yang dapat berubah menjadi serigala jadian selama beberapa hari dalam setahun. Di Malaysia juga turut terdapat kepercayaan yang hampir sama.
Manusia kononnya dapat berubah menjadi harimau jadian menggunakan ilmu sihir atau saka. Teka-teki membingungkan mengenai kesahihan kewujudan serigala jadian menyebabkan penyelidik mula melakukan kajian bagi membongkar misteri terbabit.
Akhirnya selepas lama mengkaji, mereka akhirnya mengakui bahawa fenomena manusia bertukar kepada serigala sememangnya wujud! Akan tetapi, keadaan sebenarnya bukanlah jasad manusia itu bertukar menjadi seakan serigala dengan wajah bengis dan ganas, badan berbulu serta memiliki taring dan kuku tajam.
Sebaliknya, manusia terbabit sekadar berkelakuan seperti haiwan termasuk menyalak kepada bulan, merangkak dan merayau di tanah perkuburan pada waktu malam malah sanggup membunuh dan memakan daging manusia lain.
Perlakuan aneh itu diklasifikasikan penyelidik sebagai satu daripada penyakit mental luar biasa yang dikenali sebagai ‘lycanthropy’ dan penyelidik percaya kes membabitkan serigala jadian seperti dialami Jean Grenier dan Gilles Garnier sebenarnya berpunca daripada lycanthropy. Pengarang buku ‘Penyakit Mental Luar Biasa’,
Richard Noll ketika mengulas penyakit itu berkata: “Seseorang yang mengalaminya percaya bahawa mereka sesungguhnya menjadi serigala, ditumbuhi bulu dan kuku yang tajam.”
Selain sindrom lycanthropy, penyelidik percaya bahawa cerita mengenai serigala jadian mungkin berasal daripada sejenis penyakit genetik dikenali sebagai Hypertrichosis yang menyebabkan hampir keseluruhan jasad penghidapnya ditumbuhi bulu sehinggakan penampilan luaran seseorang itu seakan-akan serigala.
Maka tidak mustahil terdapat penduduk zaman dulu yang menghidap Hypertrichosis dan kewujudan mereka dengan jasad dipenuhi bulu itu kemudian disalah anggap masyarakat sebagai serigala jadian. Seterusnya salah tanggapan itu berkembang melewati masa sehingga momokan kewujudan serigala jadian terus menjadi popular dan diminati ramai pada hari ini.
INFO: Serigala jadian
Rekod kepercayaan terawal mengenai kisah serigala jadian dikatakan bermula pada 1550 SM iaitu Raja Lycaon dari Arcadia mempersembahkan daging manusia kepada dewa Zeus menyebabkan dia dihukum menjadi serigala atas kesalahan itu.
Antara 1520 hingga 1630 di Perancis, terdapat lebih 30,000 rekod kes membabitkan penduduk yang mendakwa mereka adalah serigala jadian.
Dilaporkan, seorang daripada 340 juta penduduk dunia menghidap Hypertrichosis.
Kerana Pil Kuda Remaja Lupa Ugama - malaysiakini
Kadang bila nampak remaja ini bershuffle kononnya nampak seperti anak kera yang baru terlepas dan baru bebas dari kandang. kesian kadang-kadang bila tengok gelagat mereka yang tak ubah seperti kera kehilangan ekor.terkinja-kinja macam kera kena belacan pun ada gak.
Mereka hilang perasaan malu dan kadang-kadang hilang pertimbangan dan kawalan badan akhirnya menyebabkan mereka tak hiraukan keselamatan diri.Hati ini tertanya-tanya kemana arah tuju mereka yang sebegini?? adakah ini generasi yang bakal mewarisi kegemilangan generasi terdahulu ?? atau kerana mereka kurang penghayatan agama dalam diri. Kat mana silapnya ?? di sekolah dah diajarkan matapelajaran agama islam tapi makin ramai pulak yang tak faham islam.
Nak dikatakan kat rumah tiada penjagaan , rasanya ibubapa ada yang selalu perhatikan gelagat anak mereka tapi tak pula mengubahnya. Kat mana silapnya sampai anak-anak lupa agama ?? Takkan tak der ubat yang boleh cegah perkara ini ?? mana ustaz-ustaz dan ustazah -ustazah lepasan dalam dan luar negara ?? apa yang anda buat ?? Fikir-fikir dan muhasabah diri kita
Wakil Raja Bhumibol jumpa Tok Guru Nik Aziz di Wat Pikulthong - Kelantankini

Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami.
Dr Tej Bunnag juga bekas Menteri Luar Thailand. Menteri Besar dan tetamu yang hadir menyaksikan perarakan kain tersebut dibawa masuk oleh Bunnag yang lengkap dengan pakaian istiadat Diraja Thailand ke wat terbabit.
Wat Pikulthong merupakan wat pertama di luar Thailand yang menerima anugerah tersebut.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika bercakap kepada pemberita berharap hubungan antara Thailand dan Malaysia dapat dipertingkatkan lagi.
"Saya harap kami di sini mengambil tanggungjawab di pihak Kelantan, manakala Raja Thai melaksanakan tanggungjawabnya. Dua tanggungjawab itu menjadi bertambah baik," katanya.
Beliau juga berkata, rakyat keturunan Siam yang tinggal di Kelantan sama seperti kaum lain yang perlu diberi perhatian kerajaan negeri.
"Saya tidak pandang masalah bangsa. Mereka adalah rakyat saya. Semuanya dalam jagaan saya dan sekiranya mereka ada masalah, mereka boleh berjumpa ketua kaum masing-masing untuk diketengahkan kepada kerajaan.
"Tindakan saya adalah berdasarkan kepentingan insan. Kelantan dan Thailand cuma dipisahkan Sungai Golok sahaja," katanya.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Mustapa Mohamed yang sepatutnya hadir sebagai mewakili kerajaan Persekutuan hanya diwakili Setiausaha Politiknya, Dr Azmi Stapa.
Dr Azmi ketika ditemui berkata, kedatangan Menteri Besar menambah meriah lagi majlis tersebut bagi merapatkan lagi hubungan rakyat kedua-dua negara.
Turut hadir di majlis itu anggota-anggota Exco, Dato' Anuar Tan Abdullah, Dato' Takiyuddin Hassan, Che Abdullah Mat Nawi, Adun Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim dan pemimpin masyarakat pelbagai kaum.