Visitor Globe

Mega ayeball




Selasa, 23 Disember 2008

Latarbelakang Ajaran Sesat Rasul Kahar

Pada 23 Mei 1991, Jawatankuasa Perundangan Majlis Agama Islam Selangor di bawah peruntukan seksyen 41(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1952, (Selangor No.3/52) Jawatankuasa Perundangan Majlis Agama Islam Selangor telah mengisytiharkan ajaran yang dibawa oleh Kaha bin Ahmad ataupun Rasul Kahar, adalah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar.

Berikut adalah ciri-ciri utama ajaran Rasul Kahar yang difatwakan sesat oleh Jawatankankuasa Perundangan Majlis Agama Islam:

1.Dia mengaku dirinya sebagai Rasul serta mengatakan bahawa Rasul sentiasa diutuskan untuk menyampaikan ilmu daripada Allah.

2.Mendakwa menerima wahyu daripada Allah menerusi proses yang sama seperti yang dilalui oleh Rasulullah S.A.W.

3.Mengatakan bahawa tidak wajib mengerjakan solat lima waktu kerana mendakwa memadailah dengan hanya membuat kebaikan dan mengelakkan diri dari melakukan perbuatan mungkar.

4.Beliau mendakwa bahawa Al-Quran yang sebenarnya berada di Luh Mahfuz.

5.Menolak Hadith kerana menggangap ia hanyalah rekaan manusia semata-mata yang dilakukan sesudah Rasulullah S.A.W wafat.

6.Mengatakan bahawa ibadah haji boleh dikerjakan di mana-mana sahaja tanpa perlu ke Mekah. Dia menggangap bahawa pemergian ke Mekah hanyalah semata-mata untuk melihat kesan peninggalan sejarah Rasulullah.

7.Buku yang menjadi sumber rujukan kepada Ajaran Ayah Pin, “Al-Furqaan Pembeda,” yang dikarang oleh beliau (Kahar) adalah sesat.

(Sumber: Warta Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan yang dikeluarkan pada 29 Ogos 1991 yang diperolehi dari laman web rasmi pejabat Mufti Selangor Darul Ehsan, www.muftiselangor.gov.my ).

Tiada ulasan: