Visitor Globe

Mega ayeball

Rabu, 7 Oktober 2009

D' Kayangan

Haa ....... ni dia hero-hero yang mendaki bukit kemahang D"Kayangan mendirikan Rapeter 9M4RPT ( Rapeter Pantai Timur ) Peringkat pertama
9W2AWQ .... 9W2CDK .... 9W2RDR .... 9W2JKI .... 9W2NBK .... 9W2SHY .... Dan 3 SWL

Sabtu, 29 Ogos 2009

9W2ZRP Pak Su Li Ke Rahmatullah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kami Rakan V20 mengucapakan Salam Takziah kepada Keluarga Allahyarham Pok Su Li (9W2ZRP Ramli Ngah).

Kepada rakan-rakan yang mengenali ataupun tidak Pok Su Li sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah....

Semoga Rohnya dicucuri Rahmat dan di tempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang dikasihiNYA... Al-Fatihan........Amin.."Rakan-rakan boleh menhubungi (9w2DRN Abe Arie) untuk info terkini"

Sekian Terima Kasih....73

Pancar Ulang 9M4RPT Kemahang

Berikut adalah maklumat tentang pancar ulang

9M4RPT
Frekuensi : 147.750
Minus : 600
Tone : 67.0

TAHNIAH dan JUTAAN terima kasih kepada RAKAN-RAKAN yang terlibat secara langsung atau tidak dalam aktiviti mendirikan PancarUlang dibukit Kemahang (Puncak D'Kayangan) pada 14/15hb-Aug.
Alhamdullilah PancarUlang 9M4RPT telah memulakan pancaran pertama pada pukul 7 petang pada hari yang sama.
Walaubagaimana pun Rakan-rakan yang berada dipuncak masih lagi berada di sana sehingga keesokkan harinya.
Bagi memastikan tiada QRM dari mana-mana PancarUlang sebelum melangkah kaki meninggalkan Puncak D'Kayangan...Cerita selanjutnya akan diterbikkan nanti setelah semuanya siap diedit........73

Isnin, 17 Ogos 2009

Ramadhan Is Coming


Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit www.al-habib.info for more greeting cards like this!
Islamic Greeting Cards by Alhabib


O Allah, how fast the time has passed by. It is only a week away, and your blessed month of Ramadan is in front of our doors. A month that is welcome by muslims months before its coming. As your last Prophet (pbuh) tought us, we used to pray: O Allah, bless us in the months of Rajab and Sha’ban, and bring us to witness the month of Ramadan. It is our great wishes and joy that we can meet Ramadan once again this year.
Amin.....73



Jika hati ini seringkali jengkel, Jadikan ia jernih sejernih XL, Jika hati ini seringkali iri, Jadikan ia cerah secerah MENTARI, Jika hati ini seringkali dendam Jadikan ia penuh kemesraan FREN Jika hati ini seringkali dengki Jadikan ia penuh SIMPATI Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Ya Ramadhan Bebaskan Diri dari ROAMING dosa, Raihlah HOKI Raihlah JEMPOL dari Ilahy

Ahad, 15 Februari 2009

Nasib si pencuri.....Nyawa jadi taruhan


DUNGUN - Seorang lelaki berusia 34 tahun yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah menerusi lantai menemui ajal apabila kepalanya tersepit di celah lantai kayu tersebut.
Kejadian berlaku antara pukul 7 pagi hingga 3.30 petang semalam di Kampung Sura Hujung ketika penghuni rumah berkenaan, Wan Azhan Wan Abdullah, 43, keluar mengajar di sekolah berhampiran.
Menurut Wan Azhan, dia terkejut apabila melihat satu objek di lantai bahagian dapur rumahnya ketika pulang dari mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 7, dekat sini.
"Ketika sampai di rumah, saya terus ke ruang dapur untuk ke tandas tetapi tiba-tiba saya terlihat kepala orang dalam keadaan mengerikan," ceritanya ketika ditemui di rumahnya dekat sini, semalam.
Dia kemudiannya terus memanggil jirannya kerana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya tetapi mereka mengesahkan ia adalah kepala manusia.
Katanya, dia turut memeriksa bahagian bawah rumah dan terkejut apabila mendapati badan mangsa terjuntai di antara lantai rumah setinggi kira-kira satu meter itu.
Menurut Wan Azhan yang tinggal bersendirian di rumah tersebut sejak tahun 1983, dia mengenali mangsa yang juga jirannya.

Ahad, 8 Februari 2009

K-RAMAT (Koperasi Radio Amatur Malaysia)

k-RAMAT atau Koperasi Radio Amatur Malaysia ditubuhkan atas dasar untuk membina satu rangkaian komprehensif peminat radio amatur yang telah sedia ada di Malaysia ini.

k-RAMAT juga berfungsi untuk memberi kebajikan kepada semua ahli dalam pelbagai bentuk kelebihan yang akan ditawarkan oleh koperasi k-RAMAT ini.

Buat sementara waktu k-RAMAT ini beroperasi di No.22, Jalan BP6/12, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor. Tel: 03-80623370 Fax: 03-80623372.
Email address- koperasi.radioham@gmail.com
Website- http://k-ramat.blogspot.com/

Selamat Mendaftar!!!

THAILAND FILL DAY CONTACT

Rakan Narathiwat menjemput semua warga HAM untuk QSO secara simplek seperti mana berikut:

Frekuensi : 144.725 (Simplek)
Tarikh : 7 hingga 8 Februari 2009
Masa : 1.00tgh - 1.00 tgh (24 jam)

Anjuran Kelab : Narathiwat E29 AN

Rakan-rakan yang berjaya memancar akan direkod dalam QSL KAD
* Perhatian : Di harap rakan-rakan pertingkatkan power masing-masing cuba merebut peluang ini...

Selasa, 20 Januari 2009

Budu oh budu


Budu merupakan makanantradisional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur
Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat,Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti
aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanserdan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis
protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan
bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber
vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1(thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar
vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya
vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu
daidzein, glisitein dangenistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di
Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Antena anak jin kurus


Antena anak jin kurus .... boleh mencuba ..... kalau tak leh macar 5 / 9 ..... ambil telur ayam sokok kasi makam ..... tak leh juga peton dengan telur temelar sakok ..... rakan baru selamat membuat.

ISU SERBAN BUKTI KEPINCANGAN PERUNDANGAN NEGARA


Seorang pelajar pondok, Ahmad Nasir Darus memilih memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. Ahmad Nasir memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari. Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara.

Kes ini menyebabkan saya tertanya-tanya salah ke pakai serban masa bawa motor? Masa kat universiti dulu saya biasa pakai serban bila jalan-jalan sekitar bandar Geogetown dan keliling Pulau Pinang dengan menunggang motorsikal. Malah saya masih ingat lagi dalam Muktamar Pas di Masjid Rusila Terangganu pada tahun 1995 saya memakai serban sepanjang perjalanan masa bonceng motorsikal Yamaha RXS dari Marang Terangganu sampai ke Pulau Pinang! Saya dan rakan melintasi beberapa sekatan jalan raya, tapi polis tak tahan pun!Adakah sebabnya polis tersebut menganggap saya lebai ketika itu? Mungkinkah juga polis tu penyokong Pas? Mungkinkah juga polis tersebut keturunan pak lebai?Kes ini membuktikan bahawa sistem perundangan negara kita yang berdasarkan Pelembagaan Lord Reid mempunyai kepincangan yang nyata.

Saya yakin isu ini akan menjadi polemik dan perdebatan. Isu ini bakal menimbulkan pertikaian jika tidak diperhalusi dengan baik lebih-lebih lagi bagi mereka yang emosional.Apa yang berlaku adalah berpunca tidak ada satu peruntukan yang jelas dalam sistem perundangan negara berkaitan dengan Akta keselamatan jalan raya yang tidak satu penjelasan dan peruntukan bagi mereka yang memakai lebai/serban apabila menunggang motorsikal.

Siapa lebai dan siapa tidak lebai? Mampukah sebenarnya mahkamah menejelaskannya? Kadang-kadang saya pun tertanya-tanya bagaimana hakim boleh membuat keputusan orang ini lebai atau tidak? Adakah alasan penghakiman majistret boleh diketahui umum dalam kes ini?Adakah selepas ini bagi mereka yang memakai serban terpaksa tanggalkan serban bila menunggang motorsikal? Bagaimana pula dengan kaum lelaki berbangsa singh yang memakai turban? Perkara ini mesti dijelaskan kepada umum supaya tidak timbul kekeliruan dan pertikaian yang lebih besar pada masa akan datang.

Apa yang pasti jika mahkamah yang lebih tinggi mengekalkan hukuman denda atau penjara dalam peringkat rayuan nanti, ini merupakan satu hari malang bagi umat Islam yang prihatin.Kes pertama seumpama ini pasti akan dijadikan rujukan pada kes-kes yang ada persamaan pada masa akan datang.Menyedari kepincangan yang berlaku ini, sewajarnya umat Islam terutamanya, kembali kepada sistem perundangan Islam yang sebenar yang tidak terhad hanya hudud sahaja tetapi ada qisas,diat dan takzir.Apa yang pasti sistem perundangan Islam yang terbaik dan lebih adil dan saksama kepada sesama manusia.

-Angkasanuri

Rabu, 14 Januari 2009

Calling FOX HUNTERS!

Assalamualaikum and Gooddays,Dear all fox hunters,You are cordially invited to participate in ARDF OPEN 2009 Competition jointly organized by Wilayah V17 groups and Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur.

The schedule as follows :-

Date : 8 MAC 2009Time : 0800-1500Venue : Pusat Kokurikulum Kuala Lumpur (detail route will be announced later)Hunt mode: On foot/pedestrian route.Fees : will be announced later, latest by tuesday next week.

Programmes:

RDF a.k.a Fox Hunting (5 CW Beacon - MOE,MOI,MOS,MOH,MO5)

Slalom Fox Hunting (First time to be introduced in Malaysia)

Mini Field Day

ARDF Technical Talk

Flea Market

Exhibitions

Championships Categories:

Individual

Two persons per team ( only one set of RDF kit allowed)

Participants:

Open to all Malaysian Citizenship only.

Description:-

Amateur Radio Direction Finding (ARDF) is the sport of finding a very low power hidden radio transmitters on foot, using radio receiver, antenna, map, and compass in diverse. ARDF joins orienteering skills like the proper use of topographic maps, compass skills, and locational awareness, with radio direction finding skills using hand-held portable receivers and antennas. It is great fun for young and old alike - an opportunity for personal challenge in the great outdoors!

A lot of prizes to be won such as a RADIO TRANSCEIVER and many more radio equipment is waiting for you.

DON'T MISS IT!SO WHAT ARE YOU WAITING FOR ?...TAKE THIS CHALLENGE AND BUILD UP YOUR OWN FOX HUNT COMBAT MACHINE

Early registration can be made by REGISTER HERE or mailto:wilayahv17@blogspot.com

Please keep up to date by visiting this official website regularly. Looking forward for your participatoin

Thank you

Selanjutnya di:- http://v17ardf2009.blogspot.com/

Isnin, 5 Januari 2009

CUKUPKAH HANYA SEKADAR DOA DAN DEMONTRASI UNTUK UMAT ISLAM PALESTIN?


Sehingga hari ini lebih 400 rakyat Palestin terkorban dan ribuan lagi mengalami kecederaan. Sementara itu ramai yang hilang tempat tinggal dan mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda.
Masjid, universiti dan sekolah turut menjadi sasaran tindakan kejam dan biadab regim zionis Israel.Seluruh dunia terutama negara yang majoriti umat Islam membantah dan berdemontrasi menunjukkan sokongan kepada nasib yang menimpa umat Islam Palestin.
Di negara kita juga tidak terkecuali yang turut menganjurkan bantahan dan demontrasi yang dipimpin oleh PAS dan NGO serta pertubuhan pelajar. Sehingga hari ini tidak terdengar sebarang program bantahan yang dianjurkan oleh Umno yang turut mendakwa memperjuangkan Melayu dan Islam.
Majlis Permuafakatan Ummnah (Pewaris) dan Persatuan Pengguna Islam yang sebelum ini lantang yang mendakwa membela maruah umat Islam juga sunyi sepi.Di Melaka melalui maklumat rakan-rakan adalah beberapa masjid dalam khutbah Jumaat semalam yang menyentuh nasib umat Islam Palestin dan membaca qunut Nazilah.
Tetapi hanya boleh dikira sebelah tangan sahaja, majoriti yang lain seperti tidak ada apa-apa yang berlaku!Berbalik pada topik, cukupkah sekadar doa dan demontrasi? Adakah itu sahaja yang termampu dilakukan?Bagaimana dengan misi kemanusiaan ke Palestin atau sekurang-kurangnya melancarkan kutipan derma atau mencari dana untuk menyalurkan sumbangan kepada umat Islam Palestin terutamanya bekalan makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
Maaflah jika saya tersilap atau tidak mendapat maklumat tetapi setahu saya belum ada lagi usaha seperti itu sama ada dari kerajaan atau pun Pakatan Rakyat.Apa yang kita tunggu dan fikirkan lagi? Kepada mereka yang ada kuasa dan pengaruh buatlah sesuatu.
Saya yakin dalam keadaan sekarang bantuan dan misi kemanusian amat diperlukan oleh penduduk Islam Palestin.Adakah kita hendak menunggu bumi Palestin menjadi padang jarak padang terkukur atau lebih ramai lagi menjadi korban baru kita hendak bertindak?
Atau kita hendak menunggu Masjidil Aqsa lenyap dari pandangan diranapkan oleh rezim zionis Israel?Dalam masa yang sama, teruskanlah doa dan munajat kita kepada Allah SWT supaya umat Islam di Palestin diberi kekuatan dan regim zionis Israel menerima azab tidak terperi dari Allah SWT.
- angkasanuri

DAKWAAN PALSU OLEH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

"PERAK KUNCI DEWAN 700 TADIKA KEMAS". "TINDAKAN JEJAS 11,000 KANAK-KANAK: ZAHID." OLEH Abu Bakar al-Sidek.

Begitulah bunyinya laporan di muka surat 11 Berita Minggu keluaran Ahad, 4 Januari 2009.Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dengan dakwaan dan tohmahan yang dinyatakan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui laporan akhbar tersebut dan juga akhbar arus perdana bahasa melayu yang lain pada hari yang sama.

Dinyatakan dalam laporan tersebut, "kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan di jadikan kira-kira 700 kelas bagi lebih 11,000 kanak-kanak Tadika Kemas yang akan memulakan persekolahan esok". Menteri berkenaan turut menyatakan, " tindakan kerajaan negeri gabungan Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat itu menafikan hak untuk mendapat pendidikan kanak-kanak dari golongan kurang berada itu"

.Kata menteri bekenaan lagi, " kerajaan negeri dibawah kepemimpinan Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan." Tambah menteri berkenaan lagi, "Ini perbuatan zalim dan kejam terhadap murid tadika yang tidak berdosa sekali gus membuktikan pemimpin kerajaan negeri tidak prihatin dengan rakyat."

Kenyataan dan tuduhan berbau politik ini dibuat bagi mencemarkan nama baik kerajaan Pakatan Rakyat Perak terutama menjelang PRK K Terengganu. Sebenarnya kerajaan negeri Perak tidak pernah membuat apa-apa arahan atau keputusan mengenai penggunaan dewan orang ramai sebagai premis dan kelas Tadika Kemas.

Ini sengaja diada-adakan oleh Zahid melalui dakwaan beberapa ketua JKKP barangkali di Bagan Datok, Perak.Oleh yang demikian saya telah meminta petugas saya membuat laporan polis serta mengambil tindakan mahkamah bagi menjernihkan nama baik kerajaan serta saya sebagai Menteri Besar.

Di Perak ketika ini terdapat sms yang menyatakan beberapa dewan dewan akan sengaja dikunci (oleh orang suruhan ) pada malam ini bagi mencerminkan kebenaran dakwaan Zahid, apabila persekolahan dibuka esok pagi.

Persepsi ini bagi mencemarkan imej kerajaan Pakatan Rakyat.Maka dengan ini sekali lagi saya menegaskan bahawa kenyataan Zahid itu pembohongan semata-mata dan merupakan tindakan ketua UMNO yang tenggelam punca yang akan menerima kekalahan teruk di PRK K Terengganu pada 17 Januari nanti.

Saya menafikan dengan tegasnya dawaan dan tohmahan Zahid tersebut. Dia akan menerima padahnya nanti akibat fitnah yang dilemparkanya terhadap saya dan kerajaan Pakatan Rakyat.

-Kamparin

Ahli majlis yang BODOH lagi SOMBONG..!!


"Kalau takde lesen kena runtuh, kena ikut undang undang" itu ler yang dicakap salah sorang dari ahli majlis penang dari pkr, pompuan pulak tu. Maklum le baru setahun join pkr, itu pun dah dapat pegang jawatan dalam negeri.
Dia ahli bahagian mana pun tak tahu. Dulu pun orang ni tak pernah susah pun. Meniaga tepi jalan pun tak pernah. Bukan pernah rasa susah pun. Setahu patik dok dalam bahagian pun tarak.
Cerita nya bukan apa. Sombong sangat, macam kita nak puki dia pulak bila jumpa dia. Ingat patik pada cerita bila dia maki hamun penguatkuasa MPPP sebab angkat kerusi meja yang berlemparan ditepi jalan direstoran kassim mustafa bayan baru, Hairan bin Ajaib nak marah marah sangat tu pasal apa...???
Sedangkan peniaga kecik disuruh ikut protokol.
Patik rasa lah mamak restoran ngan melayu kedai tepi jalan ni...adalah dua darjat kalau tengok kedai nasik kandar mamak, tambah dekat tanjong, restoran hameed.
Susun khemah macam kenduri dan 5 biji stall diluar, takpe pulak. peliknya...guan eng kasi tukar laa orang macam nii....kasik lingkop kompeni sajaa...double standardkan arahan boleh kaa...????

Jumaat, 2 Januari 2009

Ma'al hijrah

Kepada semua rakan-rakan radio amatur
SELAMAT TAHUN BARU 2009
DAN
SELAMAT MENYAMBUT 1430 MA'AL HIJRAH