Visitor Globe

Mega ayeball




Isnin, 29 Disember 2008

Polis kumpul maklumat blog hina nabi

Polis kini sedang giat mengumpul maklumat berhubung tindakan sebuah laman blog yang dikesan menghina Nabi Muhammad SAW.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, selain membuat siasatan dalaman, pihaknya juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi memastikan siasatan menyeluruh dapat dilakukan secepat mungkin.

Beliau menegaskan, tindakan penulis blog itu tidak bertanggungjawab serta boleh menimbulkan kekacauan di negara ini dan dianggap satu kesalahan di bawah Akta Hasutan.

“Perbuatan itu boleh menimbulkan perasaan marah dan tersinggung khususnya kepada umat Islam dan orang Melayu.

“Perbuatan itu juga mengundang konflik perasaan, agama dan bangsa,” katanya kepada wartawan di sini hari ini.Media hari ini melaporkan, sebuah laman blog dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu.

Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat oleh pihak lain.Berdasarkan blog itu lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.

Tiada ulasan: