Visitor Globe

Mega ayeball




Khamis, 27 November 2008

ARTS 56 anjur latihan menyelamat

PASIR MAS KELANTAN - Bagi meningkatkan kemahiran dalam memberi bantuan keselamatan dan sebagai persediaan kepada mangsa banjir, Persatuan Radio Amatur Jajahan Pasir Mas (ARTS 56), menganjurkan taklimat kepada ahlinya di sekitar kawasan Pasir Mas, Kota Bahru, Bachok dan beberapa kawasan lain.

Presidennya, Zainal Abidin Yaakub (9W2 MKD) berkata, taklimat tersebut merupakan salah satu persediaan awal kepada ahlinya dalam meningkatkan kemahiran mereka semasa proses bantuan kepada mangsa banjir nanti.

Beliau berkata, pihaknya bersedia memberi bantuan kepada pihak berkuasa, tetapi ahli-ahli ARTS 56 perlu terlebih dahulu mempelajari pelbagai teknik dalam membantu mangsa banjir supaya tidak tersalah langkah.

“Teknik dan asas menyelamat ini memberikan pendedahan baru kepada ahli dan taklimat yang disampaikan adalah secara teori dan praktikal,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Presidennya, Wan Abdullah Wan Abdul Rahman (9W2 WAE) berkata, taklimat menyelamat itu pertama kali dianjurkan dan mendapat kerjasama daripada penceramah yang berpengalaman.

Selain diberikan pendedahan secara teori, katanya, ahli ARTS 56 juga diberi peluang untuk mengadakan panduan menyelamat secara praktikal yang diadakan di Kem Can Cun Park bagi memudahkan lagi pemahaman dalam aspek menyelamat mangsa banjir.

“Proses menyelamat ini melibatkan nyawa manusia dan setiap langkah yang diambil perlulah berjaga-jaga supaya tidak membahayakan keselamatan nyawa orang lain,” katanya.

Manakala bagi pencera-mahnya, Tuan Mohd Shafri Tuan Long Husin (9W2 TMS) berkata, setiap ahli diberikan penekanan kepada tiga modul keselamatan iaitu pertolongan cemas, pengendalian bot dan praktikal di kolam.

“Saya memberikan penekanan kepada tiga perkara ini kerana ianya adalah perkara penting dalam aspek menyelamat,” katanya.

petikan :- http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story2193282.asp

Tiada ulasan: