Visitor Globe

Mega ayeball




Jumaat, 28 November 2008

Bilik gerakan banjir mula dibuka

JELI – Bilik Gerakan Operasi Banjir Negeri Kelantan, semalam mula membuka bilik gerakan banjir di jajahan Pasir Mas berikutan paras air di Sungai Golok, Rantau Panjang mencecah paras amaran.

Setiausaha BKN negeri Kelantan, Mohamed Roslee Mamat ketika ditemui berkata, awal pagi semalam paras air Sungai Golok mencecah 8.3 meter dan bilik operasi jajahan itu mula dibuka pada jam 9 pagi.

Susulan daripada itu, ahli jawatankuasa banjir daerah turut diarahkan bersiap sedia untuk berkemungkinan berlakunya banjir di sekitar Pasir Mas dan Rantau Panjang.

“Memandangkan keadaan hujan masih lagi renyai-renyai, kita sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan walaupun pada jam 11 pagi tadi (semalam), paras air Sungai Golok menunjukkan penurunan 2 meter kepada bacaan 8.1 meter,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program tanam budi Briged Kebajikan Perdana di Kampung Kalai Kata Mohamed Roslee, persiapan awal sudah dilakukan bagi mengelak mereka yang tinggal di sepanjang tebing Sungai Golok tidak terperangkap sepertimana banjir tahun lalu. Sehubungan itu, petugas-petugas banjir ketika ini bersedia untuk memindahkan mangsa-mangsa banjir sekiranya paras air Sungai Golok terus meningkat.

“Bagaimanapun, sehingga kini (semalam), masih belum ada penduduk-penduduk dipindahkan ke mana-mana pusat pemindahan banjir. “Berkemungkinan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, paras air Sungai Golok boleh meningkat pada bila-bila masa lebih-lebih lagi malam ini (malam tadi) dan kita telah bersedia untuk menghadapinya,” kata beliau..

-http://www.sinarharian.com.my/kelantan/content/story2198768.asp

Tiada ulasan: