Visitor Globe

Mega ayeball




Selasa, 18 November 2008

Pelik tetapi benar - kelantankini

Kutip tin kosong untuk ke Tanah Suci


BUKIT KECHIK TANAH MERAH KELANTAN - Walaupun sudah berusia 50 tahun tidak menghalang Ismail Mahmod, atau lebih dikenali sebagai Usin menjalankan aktiviti memungut tin kosong yang dilemparkan di sepanjang jalan.

Tanpa menghiraukan kata-kata orang ramai, lelaki ini memikul beg plastik setiap hari sejauh lebih seratus kilometer yang memakan masa hampir dua belas jam.

Tin yang dipungut cuma sekitar satu atau dua guni sahaja, bergantung kepada nasib dan rezeki dengan kadar jualan sekitar RM5 hingga RM10 sahaja tetapi disebabkan pergerakannya tidak menggunakan bayaran, wang sebanyak itu dapat disimpan.

Menurut Usin, mencari tin atau bekas air yang dibuang sudah menjadi kebiasaannya sejak enam tahun lalu, malah ia merupakan sumber pendapatannya “Saya suka buat kerja ini, namun dahulu pernah memelihara empat lima ekor lembu tetapi disebabkan terpaksa memotong rumput di tepi jalan setiap pagi dan petang, adik-adik saya tidak benarkan, kemudian kesemua haiwan tersebut dijual.

“Mereka berbuat begitu demikian demi keselama-tan kerana bimbang saya dilanggar kenderaan yang sibuk lalu-lalang,” katanya yang tinggal bersama kakaknya Fatimah Mahmod, 55, di Kampung Bukit Kechik. Apabila ditanya mengenai wang yang diperoleh, Usin menyatakan berhasratnya untuk menunaikan fardu haji di Tanah Suci jika diizinkan.

Sinar Harian yang sempat berbual dengan Usin mendapati wajah dan pakaiannya bersih dijaga dengan rapi.


sinarharian

Tiada ulasan: