Visitor Globe

Mega ayeball




Ahad, 14 Disember 2008

Mayat Pelajar Hilang Sudah Ditemui

Mayat Mohd Aslam Bin Ghazali
Mangsa lemas ditemui hari ini AHAD 14/12/08.masa 03.45 petang oleh nelayan kira-kira 15 batu Nutika dari tempat jeti kedai buloh.





KEDAI BULUH – “Naluri keibuan saya kuat mengatakan mayat anak lelaki saya ini akan ditemui dan saya yakin mayatnya masih berada di kawasan ini.

” Itulah luahan Roshani Daud, 50, yang masih meratapi pemergian anaknya, Mohd Aslam Ghazali, 15, yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di sini ketika memancing bersama rakan-rakannya kelmarin.

“Saya dan ahli keluarga yang lain telah mengadakan solat hajat supaya mendapat petunjuk di mana Mohd Aslam berada,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Roshani, keluarganya turut berikhtiar untuk mendapatkan petunjuk bagi mengetahui kedudukan mayat anaknya dan kata bomoh yang ditemui mereka, anaknya itu masih berada di sekitar kawasan kejadian.

Ahli keluarga Mohd Aslam berkumpul beramai-ramai di tempat kejadian memberikan semangat kepada kedua ibu bapanya, Roshani dan Ghazali Abdul Rahim, 61, atas kehilangan anak kesayangan mereka itu.

Manakala, Ketua Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Wan Ngah Wan Long berkata, anggotanya akan meneruskan pencarian mayat Mohd Aslam walau pun sehingga sekarang mayatnya masih lagi belum ditemui.

“Setakat ini kami mengadakan operasi mengikut arahan pihak polis dan pencarian ini akan diteruskan lagi jika dikehendaki polis,” katanya.Beliau berkata, anggota unit skuba ditambah lagi bilangannya di mana 14 orang anggota telah bertungkus-lumus menjalankan operasi pencarian tersebut.

Wan Ngah berkata, antara rintangan yang dihadapi oleh pihaknya ialah arus sungai yang deras di permukaan dan juga di dasar sungai itu.Bukan itu sahaja, katanya, dasar sungai sedalam 10.5 meter tersebut juga merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh anggota unit skuba dalam menjalankan operasi mencari mangsa.

“Kami telah memulakan operasi pencarian sejak jam 8.30 pagi lagi, di mana kami turut dibantu oleh banyak pihak, antaranya ialah Pusat Kokurikulum negeri dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Rukun tetangga kawasan tersebut, Jawatan Pertahanan Awam dan ramai lagi.

“Untuk hari ini kami sudah berpuas hati dengan operasi pencarian ini kerana kami telah pun menyelam ke dasar sungai untuk mencari Mohd Aslam dan seluruh kawasan sehingga ke muara,” katanya.Mohd Aslam yang hilang ketika memancing bersama tiga rakannya dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Ketika kejadian tersebut, tiga rakannya mengambil masa selama dua minit melihat sama ada Mohd Aslam timbul atau tidak sebelum terjun cuba menyelamatkannya yang difahamkan tidak pandai berenang.Namun usaha tiga rakannya itu gagal berikutan arus deras.

Tiada ulasan: