Visitor Globe

Mega ayeball




Isnin, 5 Januari 2009

CUKUPKAH HANYA SEKADAR DOA DAN DEMONTRASI UNTUK UMAT ISLAM PALESTIN?


Sehingga hari ini lebih 400 rakyat Palestin terkorban dan ribuan lagi mengalami kecederaan. Sementara itu ramai yang hilang tempat tinggal dan mengalami kerosakan dan kemusnahan harta benda.
Masjid, universiti dan sekolah turut menjadi sasaran tindakan kejam dan biadab regim zionis Israel.Seluruh dunia terutama negara yang majoriti umat Islam membantah dan berdemontrasi menunjukkan sokongan kepada nasib yang menimpa umat Islam Palestin.
Di negara kita juga tidak terkecuali yang turut menganjurkan bantahan dan demontrasi yang dipimpin oleh PAS dan NGO serta pertubuhan pelajar. Sehingga hari ini tidak terdengar sebarang program bantahan yang dianjurkan oleh Umno yang turut mendakwa memperjuangkan Melayu dan Islam.
Majlis Permuafakatan Ummnah (Pewaris) dan Persatuan Pengguna Islam yang sebelum ini lantang yang mendakwa membela maruah umat Islam juga sunyi sepi.Di Melaka melalui maklumat rakan-rakan adalah beberapa masjid dalam khutbah Jumaat semalam yang menyentuh nasib umat Islam Palestin dan membaca qunut Nazilah.
Tetapi hanya boleh dikira sebelah tangan sahaja, majoriti yang lain seperti tidak ada apa-apa yang berlaku!Berbalik pada topik, cukupkah sekadar doa dan demontrasi? Adakah itu sahaja yang termampu dilakukan?Bagaimana dengan misi kemanusiaan ke Palestin atau sekurang-kurangnya melancarkan kutipan derma atau mencari dana untuk menyalurkan sumbangan kepada umat Islam Palestin terutamanya bekalan makanan, pakaian dan ubat-ubatan.
Maaflah jika saya tersilap atau tidak mendapat maklumat tetapi setahu saya belum ada lagi usaha seperti itu sama ada dari kerajaan atau pun Pakatan Rakyat.Apa yang kita tunggu dan fikirkan lagi? Kepada mereka yang ada kuasa dan pengaruh buatlah sesuatu.
Saya yakin dalam keadaan sekarang bantuan dan misi kemanusian amat diperlukan oleh penduduk Islam Palestin.Adakah kita hendak menunggu bumi Palestin menjadi padang jarak padang terkukur atau lebih ramai lagi menjadi korban baru kita hendak bertindak?
Atau kita hendak menunggu Masjidil Aqsa lenyap dari pandangan diranapkan oleh rezim zionis Israel?Dalam masa yang sama, teruskanlah doa dan munajat kita kepada Allah SWT supaya umat Islam di Palestin diberi kekuatan dan regim zionis Israel menerima azab tidak terperi dari Allah SWT.
- angkasanuri

Tiada ulasan: