Visitor Globe

Mega ayeball




Isnin, 13 Oktober 2008

MALANG TAK BERBAU

Kemalangan di selekoh padang cherang beris kubur besar

Hari ni salt mine abe jai di beris lalang dalam hutan gelang. Dalam pukul 9.00 pagi sempat abe jai QSO bersama 9W2JKI ust. ki, 9W2AWQ abe mawi,9W2PKU pku me,9W2TRT abe li, 9W2DCO ust. azri sangat gembira sekali kerana dapat QSO bersama rakan2. Selepas tu rakan2 mendarat tinggal lah abe jai, abe mawi dan ust. azri. jam 12.00 tengahari dalam melakukan tugasan sambil QSO sangat seronok sambil usik mengusik mamoh memamoh tiba2 hutan gelang kebakaran, terpaksalah abe jai keluar jalur untuk menyalamatkan diri, rakan setugasan lari lintang pukang untuk selamatkan diri dan akhirnya kami selamat sampai keluar ketempat kenderaan, rakan2 setugasan pun berpecah mengikut haluan masing2. Abe jai mengambil keputusan ke base station abe mawi, selepas menjamu selara abe jai dan abe mawi menuju ke tok bali berjumpa dengan rakan ham 9W2ION abe bakar bersalaman sambil tango2 minum kopi selepas tu kami berpecah mengikut haluan sekali lagi. Selepas menunaikan yang wajib sambil rilex di base station abe mawi jam menunjukan pukul 3.30 ptg. Abe jai minta keizinan daripada abe mawi ingin pulang ke base station di kg. berangan, abe jai berpecah kali terakhir dgn abe mawi. Dalam perjalanan pulang sampai di selekoh padang cherang beris kubur besar jam menunjukan pukul 4.00 ptg . Perjalanan dengan kuda besi abe jai memotong tiba2 keluar kotak besi si kancil, dalam keadaan tu 100 km sejam, kuda besi lari tak dapat di kawal lalu merempuh si kancil abe jai terjatuh di gigi jalan terbang sejauh 2 meter hanya tangan kanan bergelobak di mamoh oleh tar2 jalan, kuda besi habis tersoyak rabak si kancil tercalar sedikit saja, abe jai memanggil abe mawi di jalur akrad tak dapat terus 55 abe mawi tentang berlakunya kemalangan. Ampunya si kancil membawa abe jai ke klinik beris kubur besar dan didalam rawatan sampailah 9W2KPE abe mat disusuli 9W2WEH abe mat sp, dan rakan SRS abe yang berkerja di MDB serta abe mawi dan 9W2CMB cikgu wel, terima kasih semua kerana perihatin terhadap abe jai dalam keadaan keritikal. Setelah selesai semua dengan empunya sikancil abe jai berpecah dengan rakan2 sekali lagi mengikut haluan masing2. 9W2KPE abe mat dan 9W2AWQ abe mawi menghantar abe jai balik ke base kg. berangan dalam keadaan selamat. Terima kasih jutaan kepada 9W2WEH abe mat sp 9W2CMB cikgu wel dan rakan SRS abe MDB serta rakan setugasan abe jai yaitu abe rosdi bersama rakan2 ham yang memantau di akrab dan yang mengunakan 55 mendoakan keselamatan abe jai semoga dapat bersama di udara dan di daratan. Terima kasih tak terhingga kepada 9W2KPE abe mat dan 9W2AWQ abe mawi yang sudi menghantar abe jai dan kuda besi soyok rabak ke base abe jai semoga tali silatulrahim rakan2 semua berpanjang..........73 AKRAB DI UDARA....AKRAB DI DARATAN....

Tiada ulasan: