Visitor Globe

Mega ayeball




Sabtu, 15 November 2008

Gempar : Gelaran Datuk Shah Rukh Khan Bakal Ditarik Balik, Sebab Ada Bukti Dia Muslim Dan Sokong Pas !! - malaysiakini

Isu gelaran Datuk yang bakal diterima oleh pelakon terkenal Bollywood semakin hangat diperkatakan sekarang ini, tambahan pula beliau dikatakan akan berada di Melaka minggu depan untuk menerima anugerah tersebut. Soalnya disini, apakah rakyat Malaysia bersetuju dengan senario ini. Bekas PM Mahathir berkata, Shah Rukh Khan layak menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka, yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini. Kata Mahathir, beliau rasa malu apabila anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan dipertikaikan.

Nampaknya beliau begitu bangga dengan pemberian gelaran tersebut, maklumlah ramai yang berpendapat dulu bahawa Mahathir memang berketurunan dari sana. Maka itu beliau malu kononnya bila gelaran itu dipertikaikan. Memang pelik Mahathir ini, rakyat merasa malu dan terhina pelakon itu diberikan gelaran Datuk tiba-tiba dia pula sebaliknya. Mungkin kerana ingin mempertahankan Khalil Yaakob yang menjadi Yang Dipertua Melaka atas perkenan beliau. Khabarnya hadiah itu diberikan kerana Khalil berjaya melaksanakan tugas "merampas Sabah dari PBS" sebelum ini. Maka berjuta ringgit wang balak Pahang dipunggah ke Sabah waktu itu. Lagi pun, mungkin juga Mahathir adalah peminat setia Shah Rukh Khan. Sebab itulah beliau mempertahankan tindakan tersebut.

Katanya beliau terlibat secara langsung dengan kurniaan bintang-bintang kehormatan kepada orang-orang yang berjasa tiap-tiap tahun. Jika inilah hakikatnya, maka rasional yang mengatakan Mahathir akan dilantik sebagai Penasihat PM ketika Najib berkuasa nanti semakin nampak petandanya. Tambahan pula, selepas Pak Lah umumkan hasrat tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan UMNO Mac ini maka Mahathir semakin ceria dan berani bersuara. Seolah-olah beliau sudah nampak masa depannya akan kembali bersinar tatkala Najib berkuasa.

Soalan tentang anugerah Datuk terhadap pelakon Bollywood itu nampak semakin tidak ada ertinya. Tambahan pula pelakon itu dijangka akan berada di Malaysia tidak lama lagi. Kita tidak pasti apakah beliau datang dengan perbelanjaan sendiri ataupun ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Negeri Melaka. Namun sesuatu yang ingin kita lihat, apakah akan terjadi jika Shah Rukh Khan datang ke Malaysia dengan memakai baju PAS dan membawa bendera parti itu seperti foto yang disiarkan?. Apakah gelaran Datuknya akan ditarik balik? Jika ini berlaku bukankah kecoh jadinya puak-puak UMNO ini. Lagi pun difahamkan aktor itu beragama Islam. Maka sudah pasti beliau juga menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Bahkan dulu dalam lagunya ada menyebut "Tum Pas Ser Air" dan juga lagu "UM NO Ko Ko Ko", maknanya UMNO akan K.O dan PAS akan tumpaskan UMNO. Cuba tengok foto yang kami siarkan ini, Shah Rukh Khan membawa bendera hijau putih kemudian ada tulisan "Kaun Haga PAS" pada pentas hijau (anak panah kuning) itu.

[Ramai yang terlalu kecewa dengan pendirian kerajaan Negeri Melaka yang masih mencari jalan untuk popular dengan melakukan sesuatu yang tidak masuk akal langsung. Rakyat India diberi gelaran Datuk, apa dia ingat Shah Rukh Khan gunakan agaknya gelaran itu di negaranya nanti. Lainlah kalau dapat gelaran "Sir" dari Queen Elizebeth British. Ada juga pengikhtirafan bertaraf dunia, dan diketahui oleh masyarakat antarabangsa]

Shah Rukh Khan Terima Datuk Rabu Depan

KUALA LUMPUR: Bintang filem Bollywood Shah Rukh Khan akan tiba di Melaka Rabu depan bagi menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk. Upacara penganugerahan darjah kebesaran berkenaan akan diadakan di Seri Negeri pada pukul 10 pagi dan kerajaan negeri merancang untuk menyiarkannya secara langsung melalui televisyen. Ketika mengumumkan perkara itu di sini semalam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, bintang filem Hindi itu akan dipujuk supaya berada di Melaka satu atau dua hari dengan harapan beliau akan melawat Menara Taming Sari, Eyes on Malaysia dan beberapa tempat menarik dan bersejarah lain di negeri itu.

Beliau mempertahankan langkah kerajaan negeri memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan walaupun ia menerima kritikan hebat daripada pelbagai pihak dengan memberi alasan bahawa bintang filem itu layak menerimanya kerana sumbangan besarnya kepada Melaka. "Walaupun banyak pihak mencemuh, mengkritik dan memberi komen negatif terhadap langkah memberi gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan, tapi saya tetap percaya beliau patut dan layak diberi gelaran itu," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka di sini. Menurut Ali, sumbangan yang diberi oleh pelakon itu menyebabkan Melaka dikenali ramai serta dipandang hebat sedangkan kerajaan negeri tidak perlu membayar sesen pun kepadanya. Beliau berkata seramai 100 juta orang dari seluruh dunia termasuk warga Eropah, Amerika, Asia dan Timur Tengah telah menonton filem lakonan Shah Rukh Khan yang dibuat penggambaran di Melaka dan ini membantu mempromosikan negeri itu.

[Inilah alasan dangkal yang dibuat oleh calon Timbalan Presiden UMNO dalam usaha menutup segala kelemahan akibat terlepas pandang isu penganugerahan darjah kebesaran tersebut. Ada suara yang berkata, kesilapan itu berlaku kerana Khalil Yaakob ingatkan nama dalam borang itu adalah NS Khan (Nasir Bilal Khan) atau pun Rina Khan . Rupangan ialah SR Khan, mungkin dia ingatkan SR Khan adalah saudagar kain pelekat atau karpet yang selalu hantar barang ke kediaman rasminya. Rupanya tidak, SR Khan ialah Shah Rukh Khan artis terkenal Bollywood itu. Maka, tiada alasan lagi mahu diberikan terpaksalah kerajaan negeri ditugaskan menjawab segala cemuhan dan tohmahan tersebut. Berapa banyak agaknya untung yang diterima oleh broker-broker "Datuk" itu. Umum mengetahui, Melaka pernah dikejutkan gara-gara beri anugerah Datuk paling banyak. Seolah-olah benar ada wujudnya bisnes "Datuk" ini. Tambahan pula Khalil adalah bekas MB Pahang yang sudah sebati dengan perkara ini sejak dulu, kini dan selamanya].

Tiada ulasan: