Visitor Globe

Mega ayeball




Rabu, 10 Disember 2008

Jabatan Cerun Diarah Buat Kajian Terperinci Kejadian Tanah Runtuh, Kata Zin

Jabatan Cerun diarahkan membuat kaji selidik terperinci di kawasan berlakunya tanah runtuh di sekitar Bukit Antarabangsa dengan serta-merta, kata Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Beliau berkata jabatan berkenaan akan melakukan kajian teknikal dengan aspek kejuruteraan forensik supaya data tertentu dapat diperolehi seterusnya memberikan gambaran jelas keadaan di kawasan itu.

"Mungkin dengan data yang sedia ada ini, kita boleh memberi gambaran yang jelas di kawasan tersebut. Kalau hujan berlarutan ini akan lebih memudaratkan kawasan tersebut.

Kajian untuk beri gambaran awal akan dapat dilakukan dengan laporan geoteknikal," katanya kepada pemberita di sini hari Selasa.

Beliau juga dimaklumkan kawasan terbabit adalah kawasan muka bumi yang terdedah kepada ancaman tanah runtuh dan jabatan terbabit sedang melakukan pemantauan.

"Oleh itu dalam keadaan sedia ada semua pihak harus mengambil langkah lebih berhati-hati dan menerima nasihat daripada pakar geoteknik.

Saya kira arahan Perdana Menteri supaya semua pembangunan (di kawasan tanah tinggi) diberhentikan adalah tepat dan sesuai dalam iklim dan suasana yang dihadapi masa kini," katanya.

Mengenai kawasan tanah tinggi yang membabitkan lebuh raya, Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sentiasa menggunakan helikopter untuk meneliti kawasan yang terdapat takungan air apabila hujan dan pemantauan dilakukan berterusan.

"Ia bagi memastikan sistem aliran (kawasan takungan air) tidak mengancam kestabilan tanah," katanya.Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) juga membuat pemantauan sehingga selesai musim tengkujuh, katanya.

Pengumuman

9W2YON .. AYON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera rakan-rakan Ham sekelian...

Atas usaha & inisiatif seorang rakan Ham dari Kota Bharu, Kelantan iaitu 9W2KEL, satu laman web baru telah diwujudkan iaitu http://www.mycallsign.my .

Jika sebelum ini kita semua telah biasa dengan www.qrz.com, jadi apa kata kita semua warga Ham di Malaysia khasnya memberi sokongan atas usaha murni ini.

Tujuan utama kewujudan laman ini adalah untuk menyediakan pengkalan data bagi semua Ham di Malaysia.

Sebagai contoh, jika anda ingin ke Kota Bharu tetapi anda tidak mempunyai rakan disana, anda bolehlah mencari senarai rakan di Kota Bharu melalui laman www.mycallsign.my tersebut.

Jadi saya ingin menyeru pada rakan-rakan semua agar dapat mendaftarkan profile anda di laman tersebut. Pendaftaran adalah percuma, tiada bayaran dikenakan.Sama-samalah kita menyokong usaha ini dan semoga laman ini dapat menjadi rujukan bagi rakan-rakan ham semua.cherio...73

Ahad, 7 Disember 2008

Polis: Muktamad, tiada lagi mangsa terperangkap

'Mangsa' dikesan unit anjing bomba hanya daging dalam petik sejuk
Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan bantuan anjing dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang hari ini. Kira-kira 500 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada Polis, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia berada di kawasan kejadian bagi membantu usaha-usaha mencari, menyelamat serta membersihkan runtuhan. - fotoBERNAMA

LALUAN SEMENTARA... Kelihatan seorang ibu memimpin anaknya ketika meniti di atas paip besar untuk keluar dari lokasi tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang di sini, hari ini. Penduduk kawasan setempat buat masa kini terpaksa menggunakan paip besar sebagai laluan untuk menyeberang. Kejadian tanah runtuh itu mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus, menyebatkan beratus-ratus orang terperangkap di kawasan Bukit Antarabangsa. - fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA

LOKASI tragedi tanah runtuh yang berlaku awal pagi semalam. Gambar ihsan PDRM

ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat meneruskan operasi sepanjang malam tadi. - foto The Star oleh KEVIN TAN

KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat lebih 30 jam, yang telah masuk hari kedua, masih berusaha mengesan seorang lagi mangsa yang disyaki terperangkap dalam timbunan tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa.
Mangsa itu dikesan berada dalam timbunan tanah runtuh pukul 11.30 pagi ini ketika polis mengesahkan tiada mangsa lagi terperangkap."Kerja-kerja dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Berdasarkan petanda unit pengesan bomba, operasi diteruskanm," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar pada sidang media ketiga pukul 2.30 petang tadi.
Bagaimanapun menurut beliau, Ikram melaporkan bahawa masih ada pergerakan tanah dikesan.Katanya, operasi berat dihentikan kerana tanah tidak stabil.
Beliau juga ada menerima laporan kehilangan set televisyen dari rumah musnah dalam kejadian tanah runtuh.

Hati-hati Melalui Jalan Gua Musauntuhng-Lojing Berikutan Tanah Runtuh - malaysiakini

Pengguna jalan raya yang menggunakan laluan Gua Musang-Lojing diminta berwaspada berikutan beberapa kejadian jalan mendap dan tanah runtuh dengan dua daripadanya dianggap serius.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Ahmad Termizi Abd Haq berkata jalan berkenaan membabitkan kilometer 50, 54, 71.1, 74, 81 dan 83 yang boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jika mereka tidak berhati-hati apabila melalui jalan itu terutama ketika musim hujan sekarang.

"Laluan itu bagaimanapun tidak ditutup kepada kenderaan yang kini merupakan laluan alternatif melalui Cameron Highlands atau Simpang Pulai di sebelah Perak bagi mengelak kesibukan di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha untuk memperbaiki jalan mendap dan tanah runtuh itu sedang giat dijalankan dan pengguna dinasihat mematuhi papan tanda ketika melalui laluan itu.

"Jalan itu masih dalam pembaikan tetapi kenderaan dapat berjalan lancar dan keadaan hanya sesak seketika pada pagi semalam berikutan kerja-kerja pembaikan di kawasan terbabit," katanya.