Visitor Globe

Mega ayeball




Selasa, 16 Disember 2008

C-BOX?? SHOUTBOX??? Kenapa digunakan untuk merosakkan blog rakan??!!

9W2DAP SHAH

Masa teman ke pasir mas ari tu, sempat le teman berborak dengan seorang rakan lama..agak panjang juga kami berbual.. dan dalam perbualan tu tercetuslah rasa kecil hati beliau terhadap apa yang berlaku pada blog yang diilhamkan.

Untuk rakan-rakan mengetahui perkembangan terkini.. apa yang beliau kesalkan ialah ada di antara pelawat2 blog yang melontarkan kata-kata yang tak sepatutnya di ruangan c-box di blog tersebut.

Yang sepatutnya di gunakan untuk bertukar-tukar pandangan dan menambah rakan dah bertukar kepada ruang untuk kecam mengecam.. oleh kerana terlalu geram dan dah tak terlayan maka beliau terus buang ruangan c-box tersebut dari blog nya.

Terkejut jugak teman dengan apa yang dia bagitau tu.. maklum le teman pun dah lama tak surf internet dek kerana QRL teman.

Ari ni terlanjur teman surf blog teman ni, teman menjenguk le sekejap ke blog dia..

Memang betul..ruangan c-box dah di tiadakan.. kesian dia.. dia pun macam dah tak ada semangat untuk upload berita2 terbaru dek kerana kerakusan orang lain.

Pada teman merosakkan blog dan juga semangat beliau..teman akur dengan kepelbagaian ragam 'stesen2' yang ada di sekeliling kita..

kita tak mampu nak mengawal mereka untuk surf ke mana2 sahaja mereka nak surf.. dan bila mereka ke blog kita sekurang-kurangnya pada teman mereka tu nak kan info2 yang terbaru.. secara tak langsung turut menaikkan ranking visitor di blog kita..

Tapi yang teman tak paham kenapa mesti meninggalkan pesanan2 yang tak sedap mata melihat dan tak berapa sedap untuk ditutur.. Alhamdulillah setakat nie ruangan c-box teman tak pernah lagi terjadi perkara macam tu.. dan teman mintak sangat2 jangan le jadi sampai macam tu..

Sebab niat teman bukannya nak merosakkan sapa2 tapi sekadar menyampaikan sebarang info yang teman ada di samping mengumpul rakan2 dari merata ceruk lokalan..kepada rakan2 ham bloggers, bersabar lah dengan apa yang terjadi dan bakal terjadi di blog kita.

Cuma kita jangan cepat melenting dengan apa jua yang menyentap perasaan kita bila melihat sesuatu yang kita tak suka. dan teman rasa janganlah di layan pesanan2 yang tak sepatutnya di layan. tumpukan pada nawaitu kita untuk menambah eratkan hubungan ham kita..

InsyaAllah..teman tau mungkin ada yang marah dan tak setuju dengan apa yang teman tulis ni.. tapi renung2kanlah.. tak ada faedahnya kita merosakkan blog rakan lain semata2 kerana kita tak setuju denga apa yang diperbincangkan..

Masih ada lagi saluran lain untuk berbincang dan membetulkan sesuatu jika ada yang tersalah.. bukan dengan cara menghentam bloggers tersebut di blog beliau sendiri..ok..

Teman menulis apa yang teman rasa patut teman luahkan.. kalo ada yang terasa hati, teman mintak maap banyak2 dari ujung rambut ke ujung kaki.. i'm not perfect, that's the truth but as a human being and a friend, it is not an error to share the others sadness.. jumpa lagi.. 73

Ayah Pin back in Terengganu, says Barisan rep


Self-exiled sect leader Ayah Pin was seen in Terengganu during Hari Raya Aidiladha, the state legislative assembly was told yesterday.

The leader of the deviant Sky Kingdom group whose real name is Ariffin Muhamad feted his followers in Besut in the pretext of celebrating the auspicious day.

“Ayah Pin freely performed korban on Hari Raya Haji and no attempt was made by the authorities to detain him.

I am sure he is on the wanted list and am baffled as to why he was allowed to roam without restraint,” said Ramlan Ali (Barisan Nasional-Jabi) while debating the 2009 state budget during the assembly sitting.

“Various enforcement agencies have blamed each other for the lackadaisical approach against him.

How long do we have to wait before Ayah Pin is apprehended?“Don’t let the Ayah Pin issue cause a chaotic situation for all of us,” Ramlan added.

Ramlan received support from Mohd Nor Hamzah (PAS-Bukit Payong), who urged the authorities to look into other mechanisms to detain Ayah Pin and eradicate any remaining vestige of his deviant teachings once and for all.

Fatwa haramkan rokok selepas diwarta


Fatwa pengharaman merokok yang diputuskan oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 1997 hanya boleh dikuatkuasakan apabila ia diterima dan diwartakan oleh semua negeri.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata,

pewartaan itu pula hanya dilakukan apabila Jawatankuasa Fatwa peringkat negeri meluluskannya serta mendapat perkenan Sultan atau Raja negeri berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan berkata, selepas diperkenankan Sultan, barulah hukum mengharamkan merokok boleh diwartakan menjadi fatwa di negeri tersebut.

''Proses pewartaan bergantung pada keperluan, kesediaan dan kepentingan isu itu di peringkat negeri. Apa yang penting, isu itu boleh diselaraskan di peringkat kebangsaan.

''Soal pelaksanaan untuk dijadikan satu fatwa rasmi bergantung pada budi bicara pihak kerajaan negeri," katanya pada sesi dialog Majlis Fatwa Kebangsaan bersama media di sini malam ini.

Ahad, 14 Disember 2008

Mayat Pelajar Hilang Sudah Ditemui

Mayat Mohd Aslam Bin Ghazali
Mangsa lemas ditemui hari ini AHAD 14/12/08.masa 03.45 petang oleh nelayan kira-kira 15 batu Nutika dari tempat jeti kedai buloh.





KEDAI BULUH – “Naluri keibuan saya kuat mengatakan mayat anak lelaki saya ini akan ditemui dan saya yakin mayatnya masih berada di kawasan ini.

” Itulah luahan Roshani Daud, 50, yang masih meratapi pemergian anaknya, Mohd Aslam Ghazali, 15, yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di sini ketika memancing bersama rakan-rakannya kelmarin.

“Saya dan ahli keluarga yang lain telah mengadakan solat hajat supaya mendapat petunjuk di mana Mohd Aslam berada,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Roshani, keluarganya turut berikhtiar untuk mendapatkan petunjuk bagi mengetahui kedudukan mayat anaknya dan kata bomoh yang ditemui mereka, anaknya itu masih berada di sekitar kawasan kejadian.

Ahli keluarga Mohd Aslam berkumpul beramai-ramai di tempat kejadian memberikan semangat kepada kedua ibu bapanya, Roshani dan Ghazali Abdul Rahim, 61, atas kehilangan anak kesayangan mereka itu.

Manakala, Ketua Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan, Wan Ngah Wan Long berkata, anggotanya akan meneruskan pencarian mayat Mohd Aslam walau pun sehingga sekarang mayatnya masih lagi belum ditemui.

“Setakat ini kami mengadakan operasi mengikut arahan pihak polis dan pencarian ini akan diteruskan lagi jika dikehendaki polis,” katanya.Beliau berkata, anggota unit skuba ditambah lagi bilangannya di mana 14 orang anggota telah bertungkus-lumus menjalankan operasi pencarian tersebut.

Wan Ngah berkata, antara rintangan yang dihadapi oleh pihaknya ialah arus sungai yang deras di permukaan dan juga di dasar sungai itu.Bukan itu sahaja, katanya, dasar sungai sedalam 10.5 meter tersebut juga merupakan antara cabaran yang perlu dihadapi oleh anggota unit skuba dalam menjalankan operasi mencari mangsa.

“Kami telah memulakan operasi pencarian sejak jam 8.30 pagi lagi, di mana kami turut dibantu oleh banyak pihak, antaranya ialah Pusat Kokurikulum negeri dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Rukun tetangga kawasan tersebut, Jawatan Pertahanan Awam dan ramai lagi.

“Untuk hari ini kami sudah berpuas hati dengan operasi pencarian ini kerana kami telah pun menyelam ke dasar sungai untuk mencari Mohd Aslam dan seluruh kawasan sehingga ke muara,” katanya.Mohd Aslam yang hilang ketika memancing bersama tiga rakannya dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam sungai.

Ketika kejadian tersebut, tiga rakannya mengambil masa selama dua minit melihat sama ada Mohd Aslam timbul atau tidak sebelum terjun cuba menyelamatkannya yang difahamkan tidak pandai berenang.Namun usaha tiga rakannya itu gagal berikutan arus deras.