Visitor Globe

Mega ayeball




Selasa, 23 Disember 2008

Latarbelakang Pengharaman Ajaran Sesat Ayah Pin


Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu dalam fatwa yang diwartakan pada 4 Disember 1997, telah mengisytiharkan bahawa ajaran yang dibawa oleh Arifin Mohamad ataupun lebih dikenali sebagai Ayah Pin adalah sesat.
Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada peruntukan yang diberikan dalam Enakmen Pentadbiran hal Ehwal Agama Islam 1986.Berikut adalah ciri-ciri utama ajaran Ayah Pin:
1.Mendakwa berguru dengan Jibril.
2.Beriktikad bahawa Ayah Pin berada dihadapannya setiap kali mengerjakan solat.
3.Mendakwa beliau menerima syahadah secara langsung dari Tuhan serta menganut Islam setelah mengamalkan agama-agama lain.
4.Mengatakan bahawa tiada orang lain yang layak memimpin manusia selain daripada beliau (Ayah Pin).
5.Dia adalah pemegang kunci-kunci akhirat serta setiap nyawa manusia berada dalam tangannya.
6.Mengatakan lebih afdhal untuk bersyair serta memuji-muji nama Ayah Pin daripada mengerjakan solat serta berzikir.
7.Beriktikad kepada Ayah Pin ketika mengucap dua kalimah syahadah.
8.Beliau berkuasa untuk menentukan samaada seseorang itu akan ke Syurga ataupun Neraka.
9.Semasa mengucap dua kalimah syahadah hendaklah beriktikad dalam hati kepada Ayah Pin.
10.Mengatakan seseorang itu perlu melihat sebelum beriman. Sebagai contoh, kita perlu mengenali serta mengecam Allah dsebelum beriman kepada-Nya.
11.Beriman kepada Rasul dengan menemui mereka.

(Sumber:Oleh
JAKIM).

Adik hilang: Rabiatul Adawiyah Bt Ngah


Assalamualaikum..
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan beliau yang bernama Rabiatul Adawiyah Bt Ngah, sila hubungi En. Ngah atau Puan Maznah di talian 019-7186618(hp) 07-8955761(h) atau e-mailkan ke hazlan_ngah@yahoo.com secepat yang mungkin.
Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.
Beliau hilang pada 16 Dis 2008 yang lalu.
Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam dan berseluar jeans berwarna biru tudung putih. Pelbagai usaha telah dijalankan namun belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo anda.
Sekian, terima kasih.
Yg m'mnta kerjasama
P/s Kepada Rakan-rakan Radio Amatur ( Ham ) di seluruh Malaysia......kalau ada maklumat sila hubungi no taliphone saudara kita di atas

Isnin, 22 Disember 2008

9w2smo...9w2jld...Hs9dil